Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isu Forest City Tak...

KUALA LUMPUR - Penurunan nilai ambang bagi kediaman berharga RM600,000 ke atas untuk...

Jangan Abai Pendidikan Seks...

KUALA LUMPUR - Pendidikan seks sering dianggap tajuk sensitif untuk dibincangkan secara terbuka...

Abu Mayat Chin Peng:...

KUALA LUMPUR - Seramai 10 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung...

Cristiano Ronaldo Cipta Sejarah...

CRISTIANO Ronaldo memecah rekod jaringannya pada aksi Liga Juara-Juara Eropah ketika Real Madrid...

Program Qurban IRM Di 28 Negara Dilanda Krisis

ISLAMIC Relif Malaysia (IRM) melancarkan kempen Qurban Anda Harapan Mereka di 28 negara. Projek amal ini bagi membolehkan rakyat mengadakan ibadah korban di negara yang dilanda krisis peperangan, ancaman kemiskinan dan umat yang sedang dilanda bencana kebuluran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekurif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, kempen ini satu program ummah yang terbesar menjelang Hari Raya Korban pada 1 September ini.

“Umat Islam di Iraq, Palestin, Albania, Bosnia, Lebanon dan Syria antara penerima manfaat bagi kempen ini,” katanya.

Selain itu, pelarian Palestin dan Syria yang berlindung di Jordan turut disenaraikan dalam pakej penerima manfaat program ini.

Program Qurban Anda Harapan Mereka turut diadakan di Afghanistan, Chechnya, Filipina, Pakistan, Sudan dan Sudan Selatan.

“Jumlah sumbangan korban berbeza mengikut negara yang disenaraikan berdasarkan kos semasa di wilayah terbabit,” kata Zairulshahfuddin.

Kos sumbangan bermula serendah RM390 di Malawi hinggalah ke RM2,000 di Iraq dan Palestin.


“Marilah kita bantu kerana sasaran penerima daging qurban kali ini ialah mangsa kebuluran, mangsa perang, pelarian dan umat Islam di negara miskin,” katanya.

Bagi umat Islam yang berhajat boleh melayari laman www.islamic-relief.org.com. Atau hubungi talian 03-8926 3434.

Anda juga boleh mengunjungi Facebook IslamicReliefMalaysia atau WhatApps 018 637 9788.

Kategori