Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Disaran Guna Minyak...

RAKYAT di negara ini disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan...

Kenaikan Elaun Guru KAFA...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang meneliti permintaan untuk menaikkan elaun guru Kelas...

AIM22: Siti Nurhaliza Raih...

KUALA LUMPUR - Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) menyaksikan penyanyi...

Terlalu Cantik Lepas Lahirkan...

SEBUAH akhbar Rusia membuat satu laporan kontroversi apabila menuduh kelahiran kedua Kate Middleton hanya...

Pulau Pinang Bina Rumah Mampu Milik Dipersoal

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal kecekapan dan kemampuan kerajaan negeri pimpinan DAP untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.

Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi berkata perumahan terus merupakan isu kritikal yang tidak ditangani dengan sewajarnya oleh kerajaan negeri apabila terdapat jurang ketara antara jumlah rumah dirancang untuk dibina dan jumlah pemohon.

“Tidakkah kerajaan negeri mengambil kira kesan daripada faktor permintaan dan penawaran dalam bidang perumahan? Kekurangan 2,798 unit rumah mampu milik (RMM) jenis ‘A’ dan lebihan penawaran 24,773 unit RMM jenis ‘C’ akan memberi kesan terus menerus terhadap industri perumahan di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata berdasarkan jawapan bertulis daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancang Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo pada persidangan Dewan Undangan Negeri lepas, jumlah unit RMM yang akan dibina dalam tempoh lima tahun bagi RMM ‘A’ (bawah RM42,000) ialah 9,803 unit, RMM ‘B’ (bawah RM72,500) (20,071 unit) dan RMM ‘C’ (bawah RM300,000) (34,115 unit).

Ooi berkata jumlah pemohon dalam senarai menunggu bagi RMM ‘A’ ialah 12,601, RMM ‘B’ (18,407) dan RMM ‘C’ (9,342).

Katanya, jumlah RMM yang dibina sejak 2008, selepas mereka mengambil alih pentadbiran negeri ini hingga April 2017 ialah 20,341 unit, dengan RMM ‘A’ (10,553 unit) dan RMM ‘B’ (9,788 unit).


“Kerajaan negeri merancang memendekkan tempoh pembangunan sebanyak lima tahun bagi membina dua kali ganda jumlah yang telah dibinanya dalam masa sembilan tahun. Tidakkah kerajaan negeri terlebih yakin sangat dalam perancangannya itu?

“Bagaimana ia hendak memberi justifikasi dan jaminan bahawa jumlah yang disasarkan itu pasti dapat dibina dan bukan merupakan hanya janji kosong semata-mata?” tanya beliau.

Ooi juga mempersoal tentang bagaimana kerajaan negeri dapat memberi jaminan bahawa rumah yang dirancang itu akan dapat dibina dan bilakah projek berkenaan akan dimulakan.

“Pembangunan perumahan perlu dilaksanakan mengikut analisis dan perancangan sewajarnya. Ia perlu dirancang dengan memantau permintaan dan penawaran dalam industri berkenaan. Jika tidak, ia akan memberi kesan besar, terutama terhadap harga rumah,” katanya. – BERNAMA

Kategori