Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerap Jalin Kerjasama, Siti...

Para pengikut dunia seni tempatan sememangnya sedar akan kerjasama yang sering terjalin antara...

Stok Minyak Sawit Pada...

KUALA LUMPUR - Stok minyak sawit Malaysia pada November 2017 naik 16.02 peratus...

Usah Percaya Berita Tular...

MAKKAH - Umat Islam di Malaysia selain jemaah haji yang berada di Tanah...

Polis Rampas Mesin Judi...

MIRI - Polis merampas pelbagai peralatan komputer serta mesin digunakan untuk perjudian dalam...

Puteri UMNO Kedah Digesa Jadi Ejen Selesai Isu Rakyat

PENDANG – Pergerakan Puteri UMNO Kedah digesa terus mendekati rakyat serta menjadikan permasalahan mereka sebagai agenda utama untuk diselesaikan sayap berkenaan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shahanim Mohd Yusoff berkata pergerakan itu haruslah menjadi ejen yang menghubungkan parti dan kerajaan agar masalah yang timbul sama-sama dapat dibantu demi membela nasib rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta sayap tersebut berhubung rapat dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah penting supaya masalah yang diajukan rakyat mendapat perhatian dan diselesaikan dengan kadar segera.

“Bila ada isu-isu berkaitan budak tak pergi sekolah, ibu tunggal, rumah kena ribut kita bagi tahu pejabat daerah, JKM , PPD jangan tunggu ianya di tinggal sepi, kerana apa yang kita lakukan ketika ini akan dihargai dan diingati sampai bila-bila” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang di sini, hari ini.

Shahanim berkata gerak kerja yang kemas dan tersusun dengan mengambil kira masyarakat sekeliling antara resipi kejayaan sesebuah parti dan telah terbukti pada beberapa pilihan raya umum yang lepas.

Bekas Ketua Puteri UMNO Kedah itu turut mengingatkan anggota Puteri agar tidak bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan.


Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Pendang Amal Izzah Shamsuddin berkata tiada sebab rakyat menolak UMNO dan Barisan Nasional kerana parti itu telah terbukti membawa kejayaan dan perubahan yang baik kepada rakyat.

Katanya UMNO perlu memberi fokus kepada isu setempat kerana penolakan rakyat kepada parti itu sebelum ini bukan hanya melibatkan isu nasional tetapi juga isu setempat yang gagal diselesaikan.

“Hasil kajian kita dapati, isu kos sara hidup, penurunan harga getah, mahu kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia menjadi sebab tiada sokongan, justeru tingkatkan program turun padang dan sentiasa menjelaskan perjuangan UMNO yang kita banggakan terutama buat generasi muda.

“Apa yang dilakukan kerajaan ketika ini adalah tepat terutama dalam bantuan-bantuan peningkatan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial kerana ramai dah berjaya dan diharapkan dapat diteruskan,” katanya. – BERNAMA

Kategori