Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Petronas Carigali Mungkin Disenaraikan...

NEW YORK - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menyenaraikan satu daripada anak syarikat...

Cumbu French Kiss Sebar...

AMSTERDAM – Ciuman ala Perancis atau popular disebut French Kiss biasanya dianggap cumbuan paling romantik,...

Lelaki Menembak Mati Isteri,...

BANGKOK - Seorang lelaki menembak mati isteri serta bapa mentuanya sebelum menembak dirinya...

Merdeka 118 Cecah Paras...

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures...

Qatar Beri Maklum Balas Tuntutan Saudi & Sekutu

KUWAIT – Qatar dilaporkan telah memberi maklum balas terhadap senarai tuntutan yang dikemukakan Arab Saudi dan sekutunya setelah negara berkenaan memberikan tambahan masa selama 48 jam bermula Isnin untuk Doha menimbangkan semula keputusan yang dibuat mereka sebelum ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Maklum balas itu dibuat selepas Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani tiba di Kuwait petang Isnin.

Menteri itu dilaporkan membawa surat bertulisan tangan daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani untuk diserahkan kepada Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, demikian menurut laporan agensi berita Kuwait KUNA.

Butiran terperinci berhubung maklum balas Doha itu bagaimanapun masih belum didedahkan.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir yang mendakwa Qatar menyokong aktiviti keganasan, mengumumkan awal semalam mereka bersetuju dengan cadangan Kuwait untuk melanjutkan tarikh akhir bagi memberi peluang Qatar memenuhi senarai tuntutan yang dikemukakan sebelum ini dalam tempoh 48 jam.

Pada 23 Jun lalu, empat negara Arab itu mengemukakan senarai 13 tuntutan untuk menamatkan ketegangan dengan Doha, termasuk menggesa Doha menutup saluran televisyen Al-Jazeera dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran.


Empat negara tersebut memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu setelah mendakwa Doha menyokong kumpulan pengganas. Sehari kemudian, negara Arab berkenaan memutuskan hubungan darat, laut dan udara ke atas syarikat pengangkutan milik Qatar, termasuk syarikat penerbangan Qatar Airways.

Berdasarkan laporan, terdapat 59 individu dan 12 entiti yang berpangkalan di Qatar dikaitkan dengan kegiatan pelampau dan kumpulan pengganas, dan nama-nama ini turut disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – BERNAMA

Kategori