Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Panggil Nurul Nuha...

KUALA LUMPUR - Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha dipanggil polis...

PKR Tidak Kemuka Nama...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata...

Atlet Gusti Iran Tarik...

SERBIA : Seorang atlet gusti dari Iran memutuskan untuk menarik diri daripada Kejohanan...

Litar Basikal Lajak Tidak...

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri buat masa ini belum bercadang untuk membina litar...

Rabies: 4 Anjing Dihapus Atas Permintaan Awam

SERIAN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak menghapuskan empat ekor anjing di Kampung Lebor, Gedong, dekat sini hari ini, atas permintaan penduduk kampung selepas haiwan itu menunjukkan simpton dijangkiti virus Rabies.

Seorang penduduk yang ditemui Bernama, Bliyang Gendin, 58, berkata dia tidak mahu mengambil risiko dan meminta anjing peliharaannya Black, berusia tiga bulan, dihapuskan setelah haiwan itu mula sakit sejak seminggu lalu.

“Black sudah sakit sejak seminggu lalu. Anjing ini sudah mula tunjukkan simpton seperti air liur meleleh, kaki sakit serta bila tengok orang seperti mahu terkam dan gigit saja.

“Takut kami tengok anjing ini sebab semakin agresif walaupun belum menyerang orang… baik hapuskan sahaja,” katanya.

Bliyang berkata dia tidak sedih dengan keputusan tersebut sebaliknya tindakan itu perlu untuk kebaikan semua pihak.​​​​​​​

​​​​​​​​​​​​​​Selain anjing dan kucing, proses vaksinasi untuk mengelak virus Rabies di kampung tersebut turut melibatkan haiwan seperti tupai.


Semalam kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.

Selain Kampung Lebor kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung dan Kampung Remun.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari turut meninjau proses vaksinasi di Kampong Lebor dan Kampung Paon Sungai Rimo.

Selain meninjau proses tersebut Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, turut mengunjungi keluarga Monica Mazlan dan adiknya Jackson Mazlan dari Kampung Paon, Sungai Rimu Bakung, yang meninggal dunia akibat rabies di Hospital Umum Sarawak semalam. – BERNAMA

Kategori