Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pandelela Gagal Tambah Koleksi...

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg gagal menambah koleksi pingat peribadinya...

LGBT: Jangan Manipulasi Kenyataan...

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

Malaysia Harap Terima Laporan...

PUTRAJAYA - Malaysia berharap akan menerima laporan muktamad mengenai penyelidikan forensik berkaitan pesawat...

PADU Kini Sudah Masuk...

KUALA LUMPUR : Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini sudah memasuki fasa dua...

Rabies: Dua Kanak-Kanak Di Kuala Sepetang Dipantau

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan dua orang kanak-kanak yang digigit seekor anjing peliharaan mereka di Kuala Sepetang, Taiping, Perak untuk tempoh dua hingga tiga bulan lagi, kata Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata walaupun kanak-kanak terbabit disahkan dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai gejala klinikal tetapi pemerhatian teliti perlu diberikan untuk memastikan mereka benar-benar stabil atau bebas virus rabies.

Berdasarkan kes-kes terdahulu, katanya semua mangsa yang dikesan positif virus rabies atau penyakit anjing gila hanya disahkan selepas dua atau tiga bulan mereka digigit, bukan sejurus digigit haiwan berkenaan.

“Walaupun pada masa ini pesakit tiada tanda-tanda rabies tetapi kita mesti lakukan pemantauan dan rawatan untuk melihat perkembangan kesihatan mereka dari semasa ke semasa.

“Tempoh untuk menentukan pesakit benar-benar bebas daripada virus memang panjang dan sebab itu kita perlu mengikuti perkembangan mereka sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Subramaniam turut mengakui kes rabies di Kuala Sepetang itu sebagai luar biasa kerana lokasi kejadian adalah di luar dari kawasan jangkitan wabak rabies dan jauh daripada sempadan negara jiran, yang biasanya virus itu mudah menjangkiti haiwan dan mereka yang terkena gigitan.

Untuk itu, beliau mengharapkan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) yang sedang menjalankan siasatan terhadap punca virus rabies pada anjing tersebut segera menemui punca bagi memudahkan tindakan lanjut dilakukan.


Pada Ahad lepas, JPV Perak mengesahkan seekor anjing peliharaan yang positif rabies telah mati, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang.

Lanjutan itu, kerajaan negeri mewartakan kawasan Mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan jangkitan penyakit rabies, manakala JPV negeri telah memusnahkan sebanyak 19 ekor anjing terbiar di kawasan itu pada Isnin sebagai langkah mengekang penularan penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata penularan virus rabies dalam negara adalah terkawal dan langkah pencegahan telah ditingkatkan bagi lokasi-lokasi yang terjejas akibat rabies atau diisytihar kawasan rabies.

Beliau berkata sehingga kini, hanya lima kes rabies dilaporkan iaitu empat di Serian, Sarawak yang mana kesemua mangsa telah meninggal dunia dan satu kes sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak, manakala kementerian melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah menjalankan penjujukan asid deoksiribonukleik (DNA) virus rabies yang diasingkan daripada kes rabies di Serian Sarawak.

Hasil pemeriksaan lanjut menunjukkan virus tersebut mempunyai persamaan paling tinggi dengan virus rabies yang berasal dari Kalimantan, katanya. – BERNAMA

Kategori