Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muhammad Aizat Raih Pingat...

KUCHING - "Ini pingat emas pertama seumur hidup saya", itulah luahan hati gembira...

PIP Dijangka Tingkatkan Pembangunan...

BEIJING - Aktiviti perdagangan di Padang Besar antara Malaysia dan selatan Thai akan...

Wanita Panik Individu Tidak...

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali...

Beza 6 Tahun,...

PENYANYI dan pelakon Anis Al-Idrus, 28, mengakui tidak menganggap perbezaan jarak umur enam...

Rabies: Ketiga-Tiga Mangsa Masih Kritikal

KUCHING – Ketiga-tiga kanak-kanak yang dijangkiti virus Rabies atau penyakit anjing gila masih dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr. Jamilah Hashim berkata setakat hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kes terbaharu jangkitan penyakit itu.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata pasukan kesihatan telah berada di kampung-kampung mangsa sejak Khamis (29 Jun) dan masih meneruskan aktiviti ‘active case detection’ dari rumah ke rumah untuk mencari kes yang mengalami gigitan anjing.

Kawalan anjing pula dilaksanakan oleh Jabatan Veterinar, katanya.

Pada Jumaat lepas, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dijangkiti virus rabies di Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dan Kampung Lebur, Gedong, dalam daerah Serian, dan sedang dirawat di ICU HUS.


Dua beradik terbabit, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya enam tahun, manakala mangsa ketiga kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. – BERNAMA

Kategori