SELEPAS penat lelah belajar di universiti, kini tiba masanya untuk meniti ke alam pekerjaan.
Macam-macam ragam yang kita dah tempuh sepanjang musim pembelajaran dan ragam yang lain pula bakal menanti ketika memulakan langkah dalam bidang pekerjaan.
Itulah yang sedang dilalui oleh seorang gadis muda yang dikenali sebagai Elieca di akaun Twitternya.
Walaupun pada mulanya banyak cerita buruk yang didengari tentang pengurus barunya itu, Elieca tetap positif dan cuba untuk membiarkan saja gosip-gosip ofis tersebut.
Tiba waktu untuk dia terkena dengan mulut longkang pengurusnya apabila dia dituduh membawa mulut tentang rakan sekerja yang lain.
“Mana kamu dengar gossip ni? Itu lah kamu suka burukkan saya depan orang lain,” kata pengurusnya.
“Jangan rapat dengan Elieca jangan kawan dengan Elieca jangan baik dengan Elieca,” kata pengurusnya lagi kepada staf yang lain.
“Terpulang dengan korang nak percaya sapa but aku adalah diri aku yang korang nampak. Jahat ke baik ke itulah aku,” ulas Elieca kepada rakan sekerjanya.
Walaupun pada mulanya dia agak sakit hati namun lama kelamaan dia hanya membiarkan mulut longkang ‘nenek tua’ itu.
Kini tiba masa untuk si ‘nenek tua’ mendapat ‘balasannya’ apabila salah seorang pekerja baru telah melaporkan tentang perbuatan buruknya kepada pihak atasan. Kerana rasa tidak puas hati, pengurus berkenaan telah menuduh mereka suka cakap belakang dan bergosip tentang dirinya.
Itulah dugaan dan cabaran yang semestinya akan kita hadapi ketika di alam pekerjaan. Mungkin anda di luar sana juga pernah berhadapan dengan situasi sama seperti gadis ini, itulah orang kata asam garam lumrah pekerjaan.
Jika budak sekolah nak cepat-cepat besar dan bekerja, percayalah ia bukan satu pengalaman yang menarik. Jadi kanak-kanak lagi best.. Tak banyak tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilalui seperti orang dewasa. Tak gitu? –Â MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ainaa Hafizah