Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penjual Karpet Mengaku Bersalah...

ALOR SETAR - Seorang penjual karpet hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen...

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia akibat masalah...

Rayuan SRC: Peguam Najib...

Mahkamah Persekutuan hari ini dimaklumkan bahawa bukti baru yang didakwa dalam kes rasuah...

Industri Pertahanan Negara Perlu...

PORT DICKSON - Aktiviti perindustrian pertahanan ketenteraan yang bertujuan meningkatkan tahap pertahanan negara...

Remaja Berwawasan Atasi Gejala Buli & Gengsterisme

ALOR SETAR – Program Summer Camp Remaja Berwawasan yang dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku agensi peneraju program itu di seluruh negara dilihat mampu menangani gejala perlakuan buli dan gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Ab Wahab berkata objektif utama program itu bukan sahaja pembentukan disiplin peserta tetapi memupuk serta menitik beratkan kerjasama berpasukan yang merupakan platform penting dalam membina sahsiah dan jati diri remaja.

“Program selama lima hari itu turut merangkumi latihan ketenteraan, latihan jasmani dan syarahan yang dilihat dapat mencorak sahsiah dan jati diri mereka.

“Secara tidak langsung, mereka dapat mengenal pasti potensi diri supaya dapat membuat tindakan yang lebih rasional dan seterusnya terhindar daripada gejala gengsterisme dan buli,” katanya ketika berucap pada majlis penutup program itu bagi Siri 4/2017 peringkat negeri dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan ATM Brigadier Jeneral Zubir Mohamed.


Abdul Mutalib berkata sejumlah 11,600 pelajar sekolah menengah dari 324 sekolah menyertai program yang memasuki penganjuran tahun kelima itu sehingga kini dengan kebanyakan mereka sudah menunjukkan keberkesanan positif setelah mengikuti program itu.

“Kajian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2016 menunjukkan program ini telah berjaya memberi impak positif terhadap personaliti remaja dan tahap jati diri mereka juga meningkat dengan mengikuti Program Remaja Berwawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 198 pelajar berusia 16 tahun ke atas dari 10 sekolah terpilih di negeri ini mengikuti program tersebut yang diadakan dari Isnin lepas hingga hari ini. – BERNAMA

Kategori