Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Jatuh Tingkat...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui di tingkat enam, Menara Selatan Pusat...

“Tak Perlu Berbuih Mulut...

KUALA LUMPUR - "Tak perlu berbuih mulut sebut perkara yang tak ada kena...

UMNO Boleh Tawan Semula...

KUALA LUMPUR - UMNO boleh menawan semula Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasama dan menyelesaikan apa juga masalah yang timbul...

Pihak Swasta Dipelawa Tetas...

PORT DICKSON - Jabatan Perikanan Malaysia mengajak pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dalam...

Remaja Maut Tersepit Lif Mengangkat Barang

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki maut selepas tersepit pada lif mengangkat barang ketika sedang bekerja di sebuah kedai perkakas di Jalan Pekan Pendang Baru, Pendang, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, Mohd Firdaus Daud berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.05 petang dan tiba di lokasi 25 minit kemudian.

Katanya, setibanya di tempat lokasi didapati mangsa Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, yang berasal dari Kampung Paya Palas, Pendang tersepit di dalam lif barang di tingkat dua kedai tersebut.

“Bahagian bawah badan mangsa berada di dalam lif sementara bahagian dada ke atas terjulur ke tingkat bawah.

“Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. – BERNAMA

Kategori