Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Memerang Laut Popular Di...

WASHINGTON - Seekor memerang bernama Eddie yang popular di Internet kerana pandai bermain...

Keputusan Tak Main Di...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melarang skuad bola sepak kebangsaan ke Pyongyang, Korea...

Difteria: Pastikan Anak Dapat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka...

Kilang Punca Pencemaran Sungai...

PUTRAJAYA - Kilang memproses baja tinja dan menternak ayam di Johor yang dikenal...

Ribuan Pelarian Islam Hanyut Di Laut Pada Aidilfitri

UMAT Islam masih kekal menjadi jumlah pelarian terbesar dunia sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Malah, lebih 70 peratus pelarian dunia pada masa ini adalah umat Islam.

Ketika ini Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan data terkini dengan angka 65.7 juta penduduk dunia menjadi pelarian.

Krisis di Syria pencetus utama gelombang peningkatan pelarian Islam sejak 2012. Hingga kini terdapat lebih 5 juta pelarian Syria di Turki, Lubnan, Jordan, Jerman, Perancis, Portugal, Sweden, Itali, Cyprus dan Greece.

Selain krisis perang, masalah kebuluran di wilayah majoriti Islam terutama di Timur Afrika dan Sub Sahara turut menyumbang kepada peningkatan angka pelarian Islam.

PBB melaporkan, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, lebih 100,000 pendatang dan pelarian belayar menggunakan bot kecil tanpa piawaian keselamatan merentasi Laut Mediterranean menuju Eropah.

Ribuan Pelarian Islam Hanyut Di Laut Pada Aidilfitri
Ratusan pelarian Islam ditemui terkandas di laut di luar pantai Libya.

Sepanjang tempoh yang sama, 2,247 pelarian disahkan maut dalam tragedi bot karam atau mati kebuluran dalam pelayaran.

Secara pecahan, 85,000 pendatang tiba di Itali, manakala 9,300 mendarat di Greece, 6,500 memasuki Sepanyol dan lebih 270 tiba di Cyprus.


Itali kini sasaran utama dengan hampir 85 peratus pelarian dan pendatang yang menggunakan jalan laut memilih untuk berlabuh di negara itu.

Lebih menyedihkan, pelarian Islam masih ditemui terkandas di lautan pada sambutan Aidilfitri.

Aidilfitri ketiga, pelarian terpaksa diselamatkan di perairan Libya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori