Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Lagi Kes Baharu...

LOS ANGELES - Tiga lagi individu telah didiagnosis menghidap penyakit Legionnaire selepas mereka...

Leonardo Dicaprio, Teman Wanita...

AKTOR terkenal, Leonardo DiCaprio dan teman wanitanya, Nina Agdal; 24, dilapor terlibat kemalangan...

PM Arah Kementerian Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian...

Polis Buru Dua Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua individu yang terlibat dalam rompakan bersenjata melibatkan...

RM5.7 Bilion Wang Tak Dituntut Sejak 1977

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sejak 1977 sehingga 30 Jun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata jumlah itu melibatkan lebih 55 juta rekod akaun seperti akaun simpanan, semasa dan perniagaan.

Wang tidak dituntut itu termasuklah gaji, bonus, komisen, dividen yang tidak dituntut bagi tempoh antara setahun dan tujuh tahun, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (Parit-BN) mengenai jumlah WTD yang masih berada dalam simpanan Bahagian WTD jabatan itu selaku pemegang amanah.

Othman berkata orang ramai boleh membuat semakan sekiranya mereka mempunyai WTD di 25 kaunter WTD di seluruh negara iaitu 13 kaunter di Semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan satu kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Sebagai pemegang amanah, pihak kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang tersebut dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut, katanya. – BERNAMA

Kategori