Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Pahang Bakal Jadi Hab...

ROMPIN - Pahang bakal menjadi hab utama pengeluaran susu segar negara dalam tempoh...

Neelofa Tersenarai Forbes 30...

SINGAPURA - Pelakon Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes...

PAS Sokong Penuh Bersatu...

SHAH ALAM - PAS menyatakan pendirian menyokong penuh keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

RoS Gesa DAP Akur Arahan Pemilihan CEC Diadakan

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggesa DAP untuk akur dengan arahan supaya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu diadakan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata sekiranya parti itu gagal berbuat demikian, CEC DAP tidak akan diiktiraf dan jawatankuasa itu tidak boleh berfungsi secara sah.

Katanya RoS kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

“Jika DAP masih berdegil, maka apa-apa keputusan yang dibuat oleh CEC DAP dan pemegang jawatannya juga akan dikira tidak sah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh RoS adalah berdasarkan berita palsu.

​​​​​​​Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut meminta DAP akur dengan arahan RoS agar mengadakan pemilihan semula CEC.

Isnin lalu, RoS menghantar surat kepada DAP yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan memberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada pihaknya.


Media melaporkan arahan berkenaan dikeluarkan berikutan RoS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Ditanya implikasi kedegilan DAP itu pada pilihan raya akan datang, Mohammad Razin berkata perkara tersebut adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sekiranya dalam tempoh 14 hari itu yang bermula Isnin lalu DAP tetap tidak memberi maklum balas secara rasmi kepada pihak RoS, kita akan ambil tindakan lain berlandaskan Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Mohammad Razin memaklumkan jika DAP mahu sebarang penjelasan lanjut berhubung arahan itu, mereka perlu menghantar surat secara bertulis dan jawapan RoS juga akan diberikan secara bertulis. – BERNAMA

Kategori