Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hasil Mesyuarat Trump-Xi Akan...

KUALA LUMPUR – Dagangan ringgit minggu depan akan amat dipengaruhi oleh hasil pertemuan...

Kampus UTAR KL, Petaling...

KUALA LUMPUR - Kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan pejabat-pejabatnya di Setapak...

Cuepacs Cadang Hari Bersenam...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar...

Ujian DNA Sah Ibu...

TAMPIN - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap wanita berusia 37 tahun yang...

Rosmah Raikan Peserta PABM 2017 Di Seri Perdana

PUTRAJAYA – Seramai 52 orang peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 diraikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, pada Isnin.

Majlis resepsi itu diadakan bagi meraikan peserta PABM 2017 selain bersuai kenal dengan 15 finalis PABM yang bakal bertanding di peringkat akhir Rabu ini bagi merebut gelaran juara pertandingan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; timbalannya, Datuk Mary Yap Kian Ching serta Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk PABM dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

PABM Pentas Ketengah Tradisi, Budaya Melayu
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah dalam ucap tama beliau mengucapkan tahniah kepada para peserta PABM 2017 kerana telah mewakili negara dan universiti masing-masing dalam pertandingan pidato ini.

PABM ujarnya, yang dimulakan pada 2007 dengan hanya 23 peserta dari 23 negara, mencatatkan pertambahan peserta setiap tahun dengan edisi ke-11 kali ini menarik 52 penyertaan dari pelbagai negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Australia, United Kingdom dan Uzbekistan.

Kata Rosmah, pertandingan pidato berprestij ini hanya bermula sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyandang jawatan Menteri Pendidikan lagi kira-kira 10 tahun lalu.

Bermula dengan hanya satu kategori sahaja pada awalnya, kini terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia, katanya.

Tambah Rosmah, pertandingan pidato ini merupakan manifestasi iltizam, hasrat serta cita-cita kerajaan dan rakyat Malaysia untuk melihat bahasa Melayu berkembang subur di persada antarabangsa.

Baca: PABM: Jepun, Korea Antara Layak Separuh Akhir

“Di samping memartabatkan bahasa Melayu, PABM bertujuan memantapkan kreativiti penuntut dalam aspek berpidato kerana ia merupakan satu seni persembahan yang unik dan berkesan sekiranya disampaikan dengan baik.

“Ia mampu mengubah pandangan dan paradigma pemikiran penonton yang mendengarnya. Ia ibarat senjata ampuh para pemidato yang mampu merubah perasaan dan semangat pendengar.

“Bahasa Melayu perlu diglobalkan dengan memberi tumpuan kepada kerjasama akademik dengan universiti ternama seluruh dunia melalui bidang pengajian Bahasa Melayu,” ujar beliau lagi.

Rosmah berkata, kerjasama itu dapat diperkukuhkan dan diperluaskan lagi dengan penganjuran persidangan antarabangsa dalam bahasa Melayu yang mengumpulkan tokoh dan cendekiawan serta pelajar dari seluruh dunia.


“Kita boleh mempergiatkan lagi program pertukaran pelajar dan penuntut dari universiti luar negara ke Malaysia selain menggalakkan penempatan sabatikal kepada tenaga pengajar Bahasa Melayu yang berada di unversiti luar negara ke universiti tempatan bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu di samping mendedahkan mereka dengan budaya dan adat resam masyarakat Melayu.”

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan penuh warna-warni dari universiti tempatan dan peserta PABM 2017.

Rosmah turut menghiburkan para tetamu dengan menyanyikan beberapa buah lagu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Dalam pada itu, pelbagai juadah dan hidangan tradisional lebaran seperti nasi impit, lemang dan talam cendol disajikan kepada tetamu yang hadir.

Rabu ini, peserta yang mara ke peringkat akhir akan berentap di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi penentuan Juara PABM 2017. – MYNEWSHUB.CC

Kategori