Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Langkah Pembaharuan Dengan Semangat...

KUALA LUMPUR - Langkah pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan berkaitan hak asasi manusia...

Aidilfitri: Bomba Kelantan Guna...

PASIR PUTEH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan akan mendapat khidmat 350 anggota...

EgyptAir: Perampas Pesawat Warga...

KAHERAH - Perampas pesawat EgyptAir adalah seorang warga Mesir yang dikenali sebagai Ibrahim...

23 Pelajar MRSM Gerik...

IPOH - Sebanyak 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik mengalami keracunan...

Rumah & Kereta Hangus Dalam Kebakaran

SEREMBAN – Sebuah rumah dan kira-kira empat buah kereta serta dua buah kepala lori yang berada di sebuah bengkel mengimpal dan mengecat kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu 5 Jalan Rantau- Kuala Sawah dekat sini malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Harzizi Hashim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.50 malam dan dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke bengkel bersebelahannya.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman separuh kekal yang musnah 100 peratus sebelum merebak ke bengkel mengimpal dan mengecat kenderaan yang berada bersebelahan.

“Antara yang musnah terbakar di bengkel berkenaan iaitu dua buah kepala lori jenis Mercedes, sebuah tanker kosong dan empat buah kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sebuah bas, dua buah van, 15 buah lori dan dua buah kereta di bengkel itu sempat diselamatkan, katanya. – BERNAMA

Kategori