Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TMJ Harap Ada “Superman”...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan baginda...

Polis KL Pula Siasat...

Kuala Lumpur : Penceramah bebas yang disyaki merogol perempuan 14 tahun akan direman...

Thailand Naikkan Tarif Elektrik...

BANGKOK – Kerajaan Thailand dijangka menaikkan tarif bil elektrik pada kadar 4.72 baht...

Video: Budak Diculik Di...

DRAMA penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kajang, Selangor yang menjadi viral...

Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran

TAWAU – Kerajaan negeri Sabah akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai kawasan yang bersesuaian bagi penempatan semula mangsa kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini Sabtu lalu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Beliau berkata semua aspek akan diperhalusi selain menyelesaikan isu penempatan secepat mungkin iaitu melalui pilihan cadangan yang difikirkan bersesuaian hasil dalam perbincangan itu kelak.

“Kita datang ke sini untuk membuat penilaian lanjut dan setakat ini difahamkan penempatan sementara untuk mangsa dibuka di Batu 2, Jalan Apas tetapi mangsa memilih untuk berada di sini kerana mereka tinggal dengan sanak-saudara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mendengar taklimat dan mengadakan lawatan ke lokasi kejadian kebakaran Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas hari ini.

Katanya pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk menempatkan mangsa yang terlibat di kawasan tanah atau lokasi baharu yang difikirkan bersesuaian.


“Nanti akan difikirkan di peringkat jawatankuasa dan kita akan lihat dua atau tiga opsyen sebab secara kasarnya mangsa terlibat adalah warganegara, pemegang IMM13, Sijil Banci Task Force dan Sijil Bancian Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri,” katanya.

Ketika diberi taklimat oleh Pegawai Jabatan Bomba dan Penyemalat Tawau, Jabatan Kebajikan dan Polis mengenai kebakaran itu, sebanyak 261 buah rumah setinggan atas air musnah mengakibatkan 1,960 orang mangsa tinggal sehelai sepinggang yang terdiri daripada 1,141 warganegara dan 819 bukan warganegara.

Sukarti juga di bawa melawat kawasan penempatan sementara di Batu 2 Jalan Apas oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil. – BERNAMA

Kategori