Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Perlumbaan Tangkap Buaya, Pemenang...

JAKARTA - Jabatan Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) mengadakan...

Video: Malunya! Peninju MMA...

SEORANG peninju Mixed Martial Arts (MMA) menempuh detik paling memalukan yang sukar dibayangkan...

Nenek 2 Cucu Mengaku...

KUALA TERENGGANU - Seorang nenek kepada dua cucu bersama pasangan kekasihnya yang sembilan...

Calon BN Di PRN...

PUTRAJAYA - Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Saleem Iklim Terlantar Di Hospital Sejak Raya Ke-3

KUALA LUMPUR – Penyanyi Saleem Iklim dilaporkan terlantar lama di Hospital Canselor  Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini.

Menurut media tempatan, perkhabaran sedih tersebut turut dikongsi oleh artis Bagio Damasutra menerusi akaun Facebooknya berserta dengan gambar keadaan Saleem terbaring lemah di atas katil di sebuah wad di PPUKM.

Dia turut menulis kapsyen ringkas berbunyi: @harry_khalifah melawat @aku_saleem di hospital. Mari bersama doakan agar permata muzik tanah air kita ini cepat sihat dan dapat kembali beraksi seperti sedia kala. Aminnn.

Isteri Saleem, Julia Bachok yang juga pengurus peribadinya memberitahu bahawa penyanyi yang pernah popular dengan lagu Juwita itu sebenarnya sudah dimasukkan ke PPUKM sejak sambutan Hari Raya Puasa yang ketiga.

Saleem Iklim Terlantar Di Hospital Sejak Raya Ke-3

Baca: Anak Saleem Iklim Tiada Niat Raih Populariti

“Abang Saleem demam panas berlarutan dan dia mengadu hilang selera makan. Jadi, pada Hari Raya yang ketiga, kami pun bawa abang masuk ke PPUKM untuk rawatan,” katanya dipetik oleh sebuah portal berita semalam.


Pemilik nama sebenar A.M. Salim Abdul Majeed itu tidak begitu aktif namun bakat seni suaranya tersebut kemudian diwarisi anaknya pula, Nursyafiq Farhain, 23, seorang angggota bomba dan penyelamat di balai Tebrau, Johor.

Julia berkata, doktor sedang mengawasi keadaan Saleem, 55, dan memohon seluruh peminat penyanyi kelahiran Setiu, Terengganu itu menitipkan doa agar dia cepat sihat dan pulih seperti sedia kala. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori