Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Borhan: Sedih Lihat Mayat...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles APABILA terkenangkan kejadian menyayat hati yang berlaku 60 tahun...

Mahkamah Benarkan Rosmah Periksa...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor boleh memeriksa...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR ā€“ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah...

Wakil Anwar Hantar Borang...

PETALING JAYA - Borang pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR dihantar...

Sambutan Hari Peneroka Paling Besar Tahun Ini

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 peringkat kebangsaan, yang dijenamakan sebagai Ekspresi Negaraku FELDA Malaysia, bakal menjadi sambutan terbesar dan lebih meriah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata sambutan kali ini melakar sejarah sebagai yang paling besar apabila berjaya menggabungkan penyertaan pelbagai agensi dan kementerian.

Ia malah diadakan di sepanjang Dataran Putrajaya dan Persiaran Presint 3 di sini selama tiga hari bermula 21 Julai denganĀ dan lebih 50,000 pengunjung serta warga FELDA dari seluruh negara dijangka memeriahkan sambutan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri meminta penganjuran tahun ini diangkat kepada peringkat lebih besar iaitu di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan membabitkan pelbagai kementerian dan agensi.

“Pelbagai pengisian dan aktiviti diadakan, termasuk karnival jualan murah barangan keperluan, makanan, buah-buahan tempatan, pameran selain program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama belia FELDA.

“Kemuncaknya adalah pada 23 Julai itu, yang mana sambutan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pelbagai anugerah akan disampaikan pada hari berkenaan,” kata Razali kepada media baru-baru ini.


Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 peringkat kebangsaan berkata, sambutan itu juga akan mempamerkan kisah pencapaian, kekuatan dan kejayaan FELDA.

Razali turut menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak akan berhenti membantu warga FELDA sebagai menghargai sumbangan dalam memajukan industri komoditi utama negara dan dibuat sepanjang masa demi kebaikan peneroka.

Malahan perdana menteri sendiri dijangka mengumumkan ‘berita gembira’ buat seluruh warga FELDA semasa perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 di sini, pada Ahad ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori