Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Airlines, Amadeus Jalin...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd menjalin usaha sama dengan Amadeus bagi memperkenal...

Turki Tidak Gentar Sekatan...

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki tidak akan berganjak dari...

Mimi Loma Bakal Jalani...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma bakal menjalani pembedahan...

Lima ‘Bidadari’ Cantik Buat...

ANGGUN... Beberapa keping gambar memaparkan lima beradik yang berwajah sangat cantik telah berjaya...

Sebanyak 8833 Jemaah Haji Thailand Tunai Haji Tahun Ini

NARATHIWAT – Sebanyak 8833 umat Islam dari Thailand bakal menunaikan ibadah Haji tahun ini dengan penerbangan pertama membawa jemaah ke Madinah dari wilayah Narathiwat, selatan Thailand itu bermula hari ini.

Hari ini, dua penerbangan Thai Airways akan berlepas ke Madinah hari ini membawa 586 jemaah dari Narathiwat ke Madinah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Suthi Makhboon, Gabenor Narathiwat Sittichai Sakda, wakil daripada pejabat Sheikhul Islam serta majlis-majlis agama tempatan hadir di Lapangan Terbang Narathiwat untuk mengucapkan selamat pergi kepada jemaah Haji.

Menurut Suthi, syarikat penerbangan nasional, Thai Airways menyediakan 31 penerbangan sewaan khas daripada Lapangan Terbang Narathiwat, Krabi, Hatyai dan Suvarnabhumi di Bangkok untuk mengangkut jemaah Haji Thailand ke Tanah Suci.


16 daripada penerbangan itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Hatyai, dua dari Krabi, empat dari Narathiwat dan empat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi. -BERNAMA

Kategori