Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TH Terus Mantapkan Dokumen...

MAKKAH - Tabung Haji (TH) sedang memperkemaskan prosedur operasi haji dan pensijilan Sistem...

Penggunaan Internet Isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Peratusan capaian isi rumah kepada internet telah meningkat kepada 91.7...

ADUN PAS Selangor Kesal...

Ingat sebelum kena. Sekalipun wakil rakyat cuba ambil hati pengundi, namun mereka kena...

Madhu Kinnar Datuk Bandar...

SEBUAH bandar di India mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila seorang transgender, Madhu Kinnar, 35,...

Sebuah RTC Akan Diwujudkan Di Kota Marudu

KOTA MARUDU – Sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan diwujudkan di Kota Marudu untuk penduduk daerah berkenaan dan daerah sekitarnya menjalankan urusan rasmi dengan pelbagai agensi kerajaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RTC berkenaan merupakan salah satu daripada dua RTC yang dicadang diwujudkan di Sabah.

“Secara dasarnya, setiap negeri akan mendapat satu RTC. Bagaimanapun, bagi Sabah dan Sarawak, kedua-kedua negeri akan mendapat dua RTC. Ini (RTC Kota Marudu) merupakan RTC yang pertama di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Marudu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda dan beberapa Ketua Umno Bahagian di Sabah termasuk Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal dan Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose.

Menurut Ismail Sabri, beliau sudahpun berbincang dengan Anggota Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memaklumkan bahawa terdapat bangunan kerajaan di daerah berkenaan yang tidak digunakan sesuai dijadikan RTC.

Katanya sekiranya bangunan berkenaan sesuai, usaha mewujudkan RTC berkenaan akan dipercepatkan.

“Ia merupakan pusat sehenti pentadbiran kerajaan. Sebagai contoh, penduduk boleh berurusan di RTC berkenaan untuk mendapatkan kad pengenalan atau membuat pasport dan tidak memerlukan pengguna ke Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu untuk tujuan itu,” katanya.


Selain itu katanya, RTC berkenaan kelak juga akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada usahawan desa di Kota Marudu serta daerah-daerah sekitarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, kementeriannya sudah meluluskan sebanyak RM18.5 juta bagi lapan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kota Marudu dan kesemua projek berkenaan kini sedang dilaksanakan.

Selain itu kata Ismail Sabri, kementerian berkenaan juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM22 juta untuk projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) manakala peruntukan sebanyak RM156.1 juta pula untuk projek Jalan Luar Bandar.

Katanya, sebanyak RM2.1 juta pula diluluskan untuk projek jalan kampung manakala RM200,000 untuk program ameniti sosial. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RTC

Kategori