Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sepanyol Bantu Vietnam Bangunkan...

BANDARAYA HO CHI MINH - Kerajaan Sepanyol telah berjanji untuk menyalurkan bantuan kewangan...

Pahang Sedia Bantu Pasfa...

KUANTAN - Kerajaan negeri sedia membantu Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) dalam memajukan...

Modul Khas Dalam PLKN...

KUALA LUMPUR - Satu modul khas harus diwujudkan melalui Program Latihan Khidmat Negara...

Mesej Puasa Artis Buat...

BAGAIMANAKAH golongan artis dan selebriti menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini? Jawapannya...

Sebutir Bom Lama Ditemukan Di Tapak Binaan

SANDAKAN – Sebutir bom lama ditemukan di tapak pembinaan jalan raya bersebelahan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan di Jalan Kem Tentera dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata bom lama peninggalan perang dunia kedua itu ditemui pada jam 9.10 pagi oleh seorang pekerja di tapak pembinaan itu ketika kerja mengorek tanah menggunakan sebuah jentera.

Katanya anggota Unit Pemusnah Bom Polis Sandakan kemudian pergi ke lokasi penemuan dan pemeriksaan mendapati bom lama yang dijumpai adalah jenis Airdrop seberat 226 kilogram dengan panjang 130 cm dan ukur lilit 115 cm.

Bom ini dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dan masih aktif, katanya.


Menurutnya Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen Sabah di Kepayan telah dimaklumkan dan dijangka datang ke sini pada  Ahad ini untuk proses memusnahkan bom lama itu.

Beliau berkata anggota polis akan melakukan kawalan di tempat penemuan sehingga bom dimusnahkan. – BERNAMA

Kategori