Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Tak Jawab...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta supaya menjadi pemimpin yang...

Pengikut Tarekat Sambut Aidilfitri...

JAKARTA - Saat pemerintah dan umat Islam masih bersiap melihat anak bulan, sejumlah...

PPIM Cadang Pengguna Guna...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada pengguna agar menggunakan...

Lebih 252 Kilogram Ganja...

ALOR SETAR - Polis merampas 252.16 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM630,250 dalam...

Sedia Kaji SOP Pelabuhan Atasi Penyeludupan

BENTONG – Kementerian Pengangkutan bersedia untuk mengkaji jika terdapat keperluan untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di pelabuhan bagi membanteras aktiviti penyeludupan melalui negara ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata SOP sedia ada sudah mencukupi untuk menghalang aktiviti itu daripada berlaku, namun ada pihak yang memanipulasikan peraturan atau borang yang perlu bagi menjalankan aktiviti itu.

Beliau menambah, mengikut peraturan, tanggungjawab untuk memeriksa barangan yang dibawa menerusi aktiviti perkapalan dan melalui pelabuhan terletak di bawah negara yang menerima barangan itu.

“Prosedur kita sudah cukup ketat dan kita telah memperketatkan peraturan yang mana kita akan mengetahui lebih awal barangan yang datang ke pelabuhan kita dan masuk ke Malaysia akan melalui proses pemeriksaan yang ketat.

“Bagaimanapun, jika barangan itu hanya untuk tujuan pemindahan dari satu kapal ke kapal yang lain, pemeriksaan penuh dan saringan tidak diwajibkan bagi pihak kita selagi mereka mengisi dokumentasi penghantaran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Aidilfitri di Felda Sg Kemahal di sini, hari ini.

Liow berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita semalam, bahawa Jabatan Kastam Hong Kong merampas 7,200 kilogram gading gajah bernilai US$9 juta yang dilabel sebagai ‘frozen fish’ dari Afrika yang melalui pelabuhan Malaysia.

Laporan itu menyebut rampasan terbabit adalah yang terbesar dalam tempoh 30 tahun dan tiga individu ditahan berkaitan kejadian itu.


Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong menambah Malaysia menyokong rampasan oleh pihak berkuasa Hong Kong dan menegaskan bahawa pelabuhan di Malaysia mengamalkan prosedur yang ketat dan merupakan satu daripada pelabuhan yang terbaik di dunia.

Sementara itu, mengulas mengenai 7,143 ahli perniagaan dilarang daripada meninggalkan negara kerana gagal menjelaskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Liow berpendapat pihak berwajib seharusnya memaklumkan larangan itu kepada mereka yang terlibat.

“Mereka seharusnya diberi notis (berhubung larangan itu) dan bukannya secara mengejut supaya jalan penyelesaian dan tindakan sewajarnya boleh dilakukan. Mereka juga keluar negara atas tujuan perniagaan. Lebih baik jika notis awal diberikan,” katanya.

Liow yang juga Presiden MCA bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima aduan daripada ahli perniagaan yang terjejas dengan perintah sekatan itu, namun akan berhubung dengan pihak berwajib termasuk persatuan perniagaan untuk mencari jalan penyelesaian isu itu. – BERNAMA

Kategori