Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Siti Kasim Bising, Enggan...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sekali lagi mengajak...

Video: Wanita Sarat Mengandung...

WALAUPUN sudah sarat mengandung anak ketiga, seorang wanita di Amerika Syarikat ini masih...

Dua Maut Kenderaan Bertembung...

SANDAKAN – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda...

AMK Dakwa Setiausaha Politik...

PUTRAJAYA - Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Ahmad Syukri Che Ab Razab hari...

Sekeluarga Dipukul & Diikat Kerana Enggan Pindah

HANYA kerana enggan berpindah, lima sekeluarga telah diperlakukan dengan kejam di mana mereka dipukul dan diikat sebelum rumah mereka dirobohkan, dalam kejadian mengejutkan di China.

Kejadian itu berlaku pada 1 Julai lalu selepas keluarga berkenaan dikenali sebagai Wu enggan menerima tawaran penyelesaian daripada pihak berkuasa tempatan.

Rumah mereka merupakan sebahagian daripada pembangunan projek bandar.

Sekeluarga Dipukul & Diikat Kerana Enggan Pindah

Video mengenai kejadian itu kini tersebar di media sosial di China.

“Beberapa lelaki mengheret keluarga saya dan menghumban mereka di luar. Mereka memukul dan merosakkan telefon keluarga saya,’’ kata salah seorang anak lelakinya.


Kerajaan sebelum ini menawarkan bayaran pampasan sebanyak RM61,000 dan sebuah rumah apartmen untuk keluarga Wu, namun Wu meminta lima rumah dengan empat tempat letak kereta.

Kedua-dua pihak bagaimanapun gagal mencapai penyelesaian. Pihak berkuasa tempatan telah menafikan terlibat memukul keluarga Wu itu.

Polis kini sedang menyiasat kejadian terbabit. – MYNEWSHUB.CC


Sekeluarga Dipukul & Diikat Kerana Enggan Pindah oleh mynewshub

Kategori