Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kekal Proton Perdana...

PUTRAJAYA - Kerajaan mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi untuk menteri,...

Bawa Senjata Untuk Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Ramai yang menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil...

Pemeriksaan, Pembaikan Percuma Untuk...

SUBANG JAYA - Proton Holdings Bhd minta pemilik kereta Proton Inspira yang dikeluarkan...

Polis Selangor Tahan 12...

SHAH ALAM - Polis menahan 12 lagi pelajar, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan...

Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?

BARU-BARU ini netizen propembangkang ‘kecoh’ bangga dengan kejayaan kerajaan Selangor mampu memberi bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Mereka dabik dada mendakwa kononnya ia ekoran kehebatan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menjana pendapatan negeri; seraya pula memperlekehkan BR1M anjuran kerajaan Pusat sebagai dedak rasuah!

Hakikatnya, insiden ribut kencang pada malam Khamis lalu hingga merosakkan sebahagian bumbung Stadium Shah Alam ketika perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia-Myanmar akhirnya membongkar realiti sebenar.

Kerajaan Selangor dilaporkan ‘selamba’ memohon bantuan kerajaan Pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membaik pulih kerosakan di arena ikonik bola sepak kebanggaan skuad gergasi merah putih tersebut.

Alasannya cukup mudah iaitu stadium yang dibina dengan kos RM480 juta dan kapasiti 80,000 penonton itu bakal menjadi venue untuk beberapa perlawanan bola sepak ketika berlangsung Sukan SEA KL 2017 pada bulan depan.

Permohonan diutarakan Exco Sukan Selangor, Amirudin Shari pada Jumaat itu bukan sahaja pelik tetapi turut cetus persoalan cepumas tahap kewangan kerajaan negeri termaju itu yang selama ini dikatakan memiliki dana besar.

Media turut melaporkan kerosakan bumbung Stadium Shah Alam akibat ribut tersebut hanya memerlukan sekitar RM600,000 untuk dibaik pulih dan jumlah itu agak kecil berbanding pemberian bonus raya oleh kerajaan negeri.

“Kos agak beban, dan saya mengalu-alukan jika KBS mahu selesai masalah ini segera. Apa salah sumbangkan jumlah itu kerana sebelum ini, kita (Selangor) tidak menerima apa-apa peruntukan untuk Sukan SEA,” dalih Amirudin.


Mujur KBS prihatin dengan senario tersebut malahan menterinya, Khairy Jamaludin ketika ditemui pemberita di Jerantut, Pahang mengesahkan bersedia membantu kerajaan Selangor membaiki kerosakan Stadium Shah Alam.

Malah beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali untuk melakukan lawatan ke stadium itu secepat mungkin bagi tujuan tersebut kerana menyedari kerajaan Selangor ada masalah kewangan.

“Kita akan bantu sebab saya tahu ada kekangan kewangan di peringkat kerajaan negeri. Lagipun Stadium Shah Alam pun akan digunakan sebagai venue pertandingan Sukan SEA,” kata Khairy mengulas kerosakan bangunan itu.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jerantut sekali gus mengesahkan Selangor bukanlah kaya mana pun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Visual perlawanan dihentikan ekoran ribut kencang membadai Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Kategori