Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Teruskan Projek...

KUCHING - Projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang kira-kira 800 kilometer (km)...

UPSR: SPRM Akan Siasat...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menyifatkan isu kebocoran kertas soalan Ujian...

SUPP Rancang Tubuh Kumpulan...

KUCHING - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merancang untuk menubuhkan sebuah sekolah politik...

Peniaga Dituduh Sokong LTTE...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan peniaga B...

Selenggara Bangunan Berusia Ikut Jadual

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan pengurusan setiap bangunan yang telah berusia, khususnya bangunan kerajaan di Pahang, supaya melakukan penyelenggaraan secara berjadual bagi mengelak tragedi tidak diingini.

Baginda bertitah kejadian runtuhan tembok batu akibat tangki air pecah di Kompleks Teruntum di sini semalam, merupakan satu ‘tragedi yang berlaku akibat tiada penyelenggaraan sempurna’ oleh pihak pengurusan bangunan terbabit.

Tengku Abdullah juga menzahirkan rasa syukur kerana kejadian runtuhan yang berlaku pada pukul 1 tengah hari itu tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa, tetapi hanya membabitkan tangki air yang pecah.

“Saya difahamkan bahawa jaminan bagi tangki yang diperbuat daripada fiber itu hanya bagi tempoh 10 tahun, tetapi ia telah digunakan lebih daripada itu iaitu 13 tahun sebelum pecah.

“Bangunan ini (Kompleks Teruntum) mula beroperasi pada Januari 1980. Usia bangunan yang lama sangat memerlukan pemeriksaan struktur dan sebagainya. Kita tidak mahu ada perkara lebih buruk berlaku… kena periksa semua bangunan lama,” titah baginda.

​​​​​​​​​​​​​​Tengku Abdullah bertitah demikian selepas melawat Kompleks Teruntum di sini hari ini, dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.

Baginda bertitah antara bangunan yang perlu dilakukan pemeriksaan itu termasuklah bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang terletak bersebelahan Kompleks Teruntum, bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) dan Wisma Persekutuan.


“Aspek keselamatan perlu dikaji secara keseluruhan dan saya berharap perkara ini dapat dilakukan segera. Ini mungkin memerlukan perbelanjaan yang lebih sedikit, namun ia adalah demi keselamatan,” katanya.

Tengku Abdullah turut bertitah supaya pihak pengurusan bangunan Kompleks Teruntum, PNKP dapat mempertimbangkan bayaran pampasan berpatutan kepada semua peniaga yang menyewa premis di kompleks itu.

Baginda juga berharap kejadian itu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya tidak memandang ringan aspek penyelenggaran, sekali gus menjadikannya sebagai budaya, supaya tiada masalah lebih teruk berlaku pada masa hadapan.

Kejadian runtuhan tembok batu akibat tangki air pecah di bangunan Kompleks Teruntum semalam mengakibatkan empat orang awam cedera manakala sepuluh buah motosikal dan tiga buah kereta rosak teruk akibat terkena runtuhan tembok konkrit itu. – BERNAMA

Kategori