PENGACARA dan pelakon terkenal Neelofa kini berjaya mematerikan namanya sebagai Queen of Social Media di Malaysia selepas bilangan pengikutnya mencecah angka 4.9 juta di Instagram.
Bilangan followers yang sebegitu ramai ini sekali gus memecah rekod yang dipegang pelakon Nora Danish sebelum ini.
Neelofa, 28, menerusi Instagramnya @neelofa kini mendahului kira-kira 100,000 pengikut berbanding Nora Danish yang kini mempunyai 4.8 juta pengikut.
Pelakon yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan ini turut berkongsi khabar gembira itu di Twitternya pada pagi Khamis.
“4.9 juta! Kita semua telah bersama-sama dalam satu tempoh masa yang agak lama dan terima kasih kerana terus setia bersama saya. Agar kita dapat lebih masa kegembiraan di IG,” tulis neelofa.
Populariti Neelofa naik mendadak selepas dia memenangi pertandingan Dewi Remaja 2011 dan terus-menerus mencuri perhatian sejak mula bertudung dan memperkenalkan jenama tudungnya, Naelofar Hijab.
Selain itu, fenomena #Lofatah selepas tamatnya siri drama Suri Hati Mr. Pilot turut mejadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pengikutnya itu.
Sebelum ini, pada Ogos 2014 Nora Danish menjadi artis pertama memegang rekod selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di laman Instagram dengan jumlah 1 juta pengikut pada ketika itu.
Status itu didominasi oleh Nora selama tiga tahun sehinggalah Neelofa berjaya ‘merampas’ kedudukannya kini. – MYNEWSHUB.CC