Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

11 Ekor Gajah Putih...

BANGKOK - Sebelas ekor gajah putih yang dibawa dari Ayutthaya memberi penghormatan terakhir...

Isu Pelantikan Rahim Noor:...

BUTTERWORTH - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Perdana Menteri, Tun Dr....

Menteri: RM411 Juta Kos...

Jumlah keseluruhan kos bagi pembinaan kemudahan dan fasiliti untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2026...

4 Buku Faisal Tehrani...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan empat buku tulisan penulis...

Seludup Migran, Pekerja Pendawaian Dijel 30 Bulan

ALOR SETAR – Seorang pekerja pendawaian dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menyeludup dua migran warga Myanmar, Disember tahun lalu.

Rohaizam Ramli, 27, dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah ketika pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hashim Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menjalankan penyeludupan migran ke atas Min Nyut, 33, dan Min Win Hilaing, 27, di KM 1.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Bukit Kayu Hitam pada 7 Dis tahun lalu, pukul 8.45 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia Qatrin Nada Harun memohon agar mahkamah memberikan hukuman setimpal ke atas tertuduh sesuai dengan keseriusan kerajaan dalam memerangi aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia melalui beberapa pindaan dalam akta berkenaan.

Peguam bela tertuduh Burhanudeen Abdul Wahid bagaimanapun meminta agar hukuman paling minimum diberikan kepada anak guamnya memandangkan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh selain dia perlu menyara ibu dan bapanya. – BERNAMA

Kategori