Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Cari Waris Mayat...

MUAR - Polis mencari waris kepada satu mayat lelaki yang ditemukan terapung di...

Polis Dihargai, Dapat Bunga...

GAMBAR seorang kanak-kanak memberikan sekuntum bunga kepada seorang anggota polis trafik menjadi viral...

Kastam Rampas Minuman Keras...

Pelabuhan Klang : Sindiket penyeludupan minuman keras cuba memperdaya pihak berkuasa dengan mengikrar...

Pemilik Facebook ‘Kelvin Cao’...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan individu yang bertanggungjawab memuat naik status...

Semua Agensi KDN Harus Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menghindari diri daripada rasuah dan salah guna kuasa ketika melaksanakan tugas.

Timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri berkata pelaksanaan ikrar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memperlihatkan komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab serta amanah kepada rakyat.

Ahmad Zahid berkata pelaksanaan IBR juga membantu membuang persepsi buruk pelbagai pihak terutama dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.

Apatah lagi, KDN merupakan kementerian yang terlalu sensitif apabila perkhidmatan kita secara langsung kepada rakyat. Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di barisan hadapan menentukan soal keselamatan, tentunya terdedah kepada amalan memberi atau menerima rasuah. 

“Bagi mempercepatkan proses, mengelakkan hukuman atau denda tinggi, atau mahu sesuatu  diluluskan, maka rasuah dilakukan di sektor awam atau swasta. Kalau mahu negara jadi benar-benar maju maka amalan tolak dan banteras rasuah mesti dijadikan budaya dalam kalangan penjawat awam,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Tanpa menetapkan tempoh untuk semua 10 jabatan dan agensi di bawah KDN melafaz ikrar tersebut, Ahmad Zahid dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)  yang telah melafaz ikrar semalam dan mengarahkan Jabatan Imigresen untuk melaksanakan IBR bagi mengelakkan prasangka masyarakat terhadap jabatan itu.

April lalu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjadi jabatan pertama di bawah Kementerian Dalam Negeri yang melafazkan IBR.

“Ini bukan satu gimik atau retorik. Ia adalah satu komitmen dan komitmen ini tidak hanya dengan membaca ikrar, tetapi harus ada perakuan dari hati dan minda kita. Kita perlu tanamkan budaya tolak rasuah bagi menolak persepsi dan mahu semua pihak termasuk saya untuk memberikan komitmen dan perakuan bahawa rasuah perlu dihapuskan dari hati dan minda,” katanya.

Ahmad Zahid turut meminta Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim mewajibkan semua pegawai dan individu di semua jabatan dan agensi kementerian untuk mengambil ikrar dan menandatangani ikrar bebas rasuah.


Menurutnya, sebelum SPRM datang ke PDRM untuk IBR, polis telah mewujudkan usaha dalaman iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard sebagai iltizam dan komitmen PDRM dalam meningkatkan integriti bebas rasuah serta mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi tersebut.

“Insya-Allah, semua kementerian, jabatan dan agensi akhirnya bebas daripada amalan rasuah. Kerajaan bertegas mengambil tindakan keras kerana kita mahu beri perkhidmatan terbaik tanpa ada bayaran lain di luar kaunter atau di bawah meja yang dibayar oleh pihak berkepentingan.

“Tentunya sukar untuk melakukan di luar daripada persepsi  prasangka negatif tetapi tidak mustahil untuk melakukan asalkan kita berazam untuk bebaskan seluruh negara daripada rasuah,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mengajak organisasi atau parti politik yang bermatlamat membebaskan negara daripada rasuah jangan hanya menuduh atau menunding jari kepada kerajaan.

“Kita perlu tepikan perbedaan politik kerana soal rasuah adalah permasalahan bersama. Kita harus menggunakan perbedaan politik untuk menangani rasuah. Ini komitmen yang harus ada, dan bukan hanya menuduh atau mengelak dari ikrar walaupun sebuah negeri tidak mahu ikrar itu dilakukan. Ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Pada perhimpunan itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 dengan Status Cemerlang kepada Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak, dan cek replika geran penduduk bernilai RM10,000 kepada 11 wakil persatuan penduduk di bawah inisiatif wujud kejiranan yang selamat dan harmoni di Selangor dan Putrajaya. -BERNAMA

Kategori