Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Syarikat Malaysia Perlu Terus...

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia perlu terus meneroka usaha sama di Filipina,...

Kes Ikat Kanak-kanak Di...

KUALA LUMPUR - Empat wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak...

Video: Bayi Berjalan Selepas...

SEORANG bayi perempuan baru lahir di Brazil menjadi sensasi di Internet selepas videonya...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat berkelajuan 40 hingga 50km sejam (Kmsj) dengan...

Senggara Segera Tembok Kompleks Yang Terjejas

KUANTAN – Dinding Kompleks Teruntum di tingkat empat di sini yang runtuh  semalam akibat tangki airnya pecah perlu disenggara secepat mungkin, kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Ir Abdul Jalil Mohamed hari ini.

Beliau berkata saranan itu diajukan kepada pihak pengurusan bagi mengelakkan insiden runtuhan lain berlaku yang berisiko membahayakan keselamatan orang awam yang berkunjung ke premis perniagaan di kompleks itu.

Katanya, antara tindakan pertama yang perlu dilakukan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ialah merobohkan keseluruhan bahagian dinding yang pecah itu.

“PKNP juga perlu mengambil langkah segera melantik kontraktor atau konsultan pembinaan bagi membaiki tangki berkapasiti 36,000 gelen itu.

“Tempoh baik pulih dan keluasan dinding yang perlu dipecahkan bergantung kepada hasil siasatan yang masih dijalankan PKNP,” katanya kepada pemberita di sini.


Dalam insiden pada pukul 1 petang itu semalam, empat orang cedera ringan dan tiga kereta serta 10 motosikal rosak.

Abdul Jalil menjelaskan, “Kompleks Teruntum sudah menjangkau usia 30 tahun. Insiden ini melibatkan keadaan tangki yang sudah uzur dan tempoh tidak diselenggara lebih 10 tahun.

“Dengan kapasiti yang besar dan tekanan tinggi, ia berkemungkinan menjadi faktor tangki berkenaan pecah,” katanya. – BERNAMA

Kategori