Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jom Beli Sandwich &...

SEMUA juadah makanan yang dijual oleh si cilik ini semurah 20 sen! Bubur ayam,...

Wanita Hamil Ditahan Hina...

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang wanita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah...

Sultan Pahang Kurnia Panji...

PETALING JAYA - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan panji-panji diraja kepada...

Varian B.1.617.1 Tersebar Ke...

KUALA LUMPUR - Varian mutasi berganda, B.1.617.1 yang mula ditemui di India, kini...

Setiap Tahanan Sogok RM2,000 Jumpa Keluarga

GEORGE TOWN – Setiap tahanan dipercayai memberi kira-kira RM2,000 kepada anggota polis yang bersubahat dalam insiden tahanan lolos sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau 9 Julai lepas, sebagai dorongan untuk membawa mereka bertemu keluarga masing-masing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata wang berjumlah RM6,000 itu kemudiannya dipercayai diserah kepada semua anggota polis terlibat untuk dibahagikan.

“Siasatan kes berkenaan telah lengkap dan dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut dan polis masih mengesan tahanan yang melarikan diri itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, tiga tahanan dibawa keluar dari lokap berpusat Bayan Baru dekat sini pada 2 pagi dengan alasan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun, siasatan mendapati mereka dibawa bertemu keluarga masing-masing di Sungai Ara.


Seorang daripada mereka, Anuar Ayat, 43, yang merupakan tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri ketika dikatakan bertemu dengan rakannya di Sungai Nibong selepas menemui keluarganya di sebuah kondominium di Sungai Ara.

Susulan itu, lapan anggota polis berumur 27 hingga 59 tahun ditahan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis Rabu lepas dan digantung kerja sehingga siasatan selesai. – BERNAMA

Kategori