Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

18 Maut Tentera, Pelombong...

GUASIPATI (Venezuela) - Sekurang-kurangnya 18 maut dalam pertempuran antara pihak tentera dan pelombong...

Dicemuh Netizen, Peserta Berhijab...

TIDAK tahan dengan cemuhan serta kecaman netizen, penyanyi wanita kacukan Perancis-Syria, Mennel Ibtissem...

SPRM-LHDN Kerjasama Banteras Rasuah

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Vape Sah Diharamkan Di...

BERIKUTAN titah perintah dikeluarkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang...

Shopee Yakin Pertumbuhan Jualan Serantau Yang Kukuh

KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, yakin momentum pertumbuhan jualan serantau pada 43 peratus berdasarkan bulan ke bulan akan berterusan tahun ini.

Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho berkata, platform itu turut menyasar untuk memperolehi sumbangan lebih tinggi daripada operasi perniagaan di Malaysia susulan prestasi cemerlang pada bulan-bulan awal tahun ini.

Beliau berkata hubungan Shopee dengan penjual yang menggunakan platform itu, serta peningkatan penyertaan jumlah jenama kukuh akan menjamin pertumbuhan masa depan Shopee.

“Kami mempunyai syarikat multinasional seperti L’Oreal, Watson, Nestle, Oppo dan Huawei yang menyertai kami. Faktor mengapa mereka mempertimbangkan platform kami adalah bukti bagaimana kami berkembang dengan pantas,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pada separuh pertama tahun ini, Shopee mencatat nilai barangan dagangan kasar tahunan (GMV) lebih US$3 bilion di seluruh rantau ini, dan merekodkan lebih juta muat turun di Malaysia.

Mengenai perniagaan Malaysia, Ho berkata, infrastruktur canggih yang dimiliki negara ini merupakan faktor penting dalam membantu perniagaan menjadi lebih terkenal dan berkembang.


“Pasaran terbesar kami ialah Taiwan dan Indonesia, namun Malaysia juga sudah tentu penting kepada kami.

“Kami baru beroperasi kurang daripada dua tahun di sini namun telah mempunyai lebih 200 pekerja dan ini menuinjukkan komitmen kami,” katanya.

Mengenai bahawa Shopee akan ditempatkan dengan ruang perniagaan di Zon Perdagangan Bebas Digital Malaysia, Ho berkata, syarikat sedang meneroka peluang untuk menyewa ruang di zon berkenaan.

Shopee menawarkan keselamatan membeli-belah dalam talian menerusi Jaminan Shopee, iaitu pengguna dilindungi melalui penangguhan bayaran kepada penjual sehingga pembeli menerima tempahan mereka. – BERNAMA

Kategori