Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jeff Bezos Kekal Manusia...

NEW YORK - Pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos kekal manusia terkaya di...

DUN Sabah Lulus Bajet...

KOTA KINABALU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang...

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran

SANDAKAN - Seorang lelaki rentung dalam kebakaran memusnahkan sebuah rumah di Kampung Telupid...

Sindiket Godam Data Imigresen,...

PUTRAJAYA - Sindiket terbesar dalam pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu sehingga...

Siti Saleha Sah Bergelar ‘Puan’ Dengan Sekali Lafaz

CANTIKNYA! Jutaan tahniah diucapkan buat pasangan merpati dua sejoli ini atas perkahwinan mereka!

Pelakon 7 hari Mencintaimu, Siti Saleha telah selamat diijab kabul bersama pasangan pilihan hatinya, Ahmad Lutfi Azhar dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua mempelai itu dinikahi oleh bapa Siti Saleha sendiri iaitu Mohd. Baharom Abdul Rahman bersaksikan Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Mohd. Fadlullah Md. Noor dengan mas kahwin bernilai RM500.

Siti Saleha dan suami bagaimanapun bersepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran mereka.

Memetik sebuah portal online, dalam majlis tersebut pihak perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin lelaki.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran seramai 200 orang tetamu di mana terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan pasangan pengantin itu.


Pelakon ini memanjatkan syukur dan menarik nafas lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat.

“Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini,” kata Siti Saleha.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi bertunang pada 26 November lalu selepas setahun menjalinkan perkenalan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori