Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Editor Buku Hina Jata...

KUALA LUMPUR - Editor buku ā€˜Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysiaā€™,...

Warisan Nafi Keluar Surat...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (WARISAN) menafikan bahawa ia ada mengeluarkan surat...

Betina Mata Duitan! –...

SIAPA yang tak sedih, insan yang diimpikan untuk sehidup semata tiba-tiba berubah hati...

Isu Pelawak Kasanova: Jangan...

ISU pelawak kasanova yang sering mengirimkan pesanan-pesanan lucah terhadap gadis buruannya kini menjadi...

Situasi Menang-Menang Penetapan Harga Minyak

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan formula baharu tidak lama lagi berhubung mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementeriannya sedang berunding dengan Kementerian Kewangan serta pengusaha stesen minyak bagi mewujudkan situasi menang-menang.

ā€œDengan harga minyak terus menurun dalam beberapa minggu ini, mereka (pengusaha stesen minyak) menghadapi tekanan. Saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani serta pengusaha berkenaan.

ā€œInsyaAllah, menjelang minggu depan, akan terdapat sesuatu untuk setiap pihak.

ā€œKita akan tentukan kaedah ini dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan bahawa industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa hadapan, kita akan lakukan (penetapgan harga) secara harian,ā€ katanya pada sambutan Hari Raya anjuran Malaysia Intellectual Property Corporation (MyIPO) di sini hari ini.

Penetapan harga mingguan petrol dan diesel oleh kerajaan pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat. Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam.


Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil berbanding penetapan harga bulanan.

Untuk minggu sehingga Rabu ini, harga seliter ditetapkan pada RM1.89 untuk RON95, RM2.15 untuk RON97 dan RM1.84 untuk diesel. – BERNAMA

Kategori