Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Burung Ini Miliki Gaya...

SEJENIS unggas di China iaitu burung kuang emas menjadi sensasi dalam kalangan warga...

RMT: Siasat Sekolah Beri...

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid...

VIDEO: Kelakar Tapi Apa...

Kebiasaanya kita dihidangkan dengan video-video seperti ini dimana para selebriti luar negara membaca...

Anggota Polis Maut Kereta...

SANDAKAN - Seorang anggota polis maut dan seorang lagi cedera dalam nahas jalan...

Skandal Tanah: Gerakan Saman Guan Eng

GEORGE TOWN – Gerakan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung penjualan tanah Tanjong Pinang semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Baljit Singh.

Dalam pernyataan tuntutannya, Liang mendakwa Lim membuat kenyataan fitnah berhubung penjualan tanah Tanjong Pinang yang dikatakan telah dijual pada harga RM1 kaki persegi semasa pentadbiran BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Liang ketika ditemui selepas memfailkan saman itu berkata pihaknya memfailkan saman itu kerana sudah tidak mampu bertahan dengan Lim yang berterusan mengeluarkan kenyataan berhubung penjualan tanah itu.

“Sebenarnya parti Gerakan dah banyak kali buat penjelasan (berhubung penjualan tanah Tanjong Pinang) dan menjelaskan kepada rakyat bahawa tidak benar sekali Gerakan pernah menjual tanah dengan harga RM1 kaki persegi.

“Tetapi beliau (Lim) berulang kali mengulangi kenyataan yang sama dan ia merupakan satu fitnah terhadap Gerakan, maka hari ini kami mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau,” katanya.


Ditanya mengapa Koh tidak memfailkan saman itu, Liang berkata bekas ketua menteri itu sudah bersara dan kenyataan fitnah itu ditujukan kepada parti Gerakan dan bukannya kepada individu.

Peguam Datuk Baljit Singh yang turut hadir berkata Koh akan dipanggil sebagai saksi. -BERNAMA

Kategori