Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Angin Kencang & Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

MCA Tak Gentar Pertandingan...

KOTA BHARU - MCA tidak gentar untuk berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan...

Ketua Wanita PKR Dihalang...

KUCHING - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dihalang daripada memasuki...

VIDEO: Anjing Dilatih Untuk...

TERNYATA pepatah bahasa Inggeris 'Dogs are man's best friend' tidak dapat disangkal lagi...

Skim Kawalan Harga Aidilfitri: T’ganu Rekod 14 Kes

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merekodkan 14 kes kesalahan sepanjang operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2017 di negeri ini.

Pengarahnya Azlan Abdul Samat berkata daripada jumlah itu, Besut merekodkan kesalahan tertinggi dengan sembilan kes diikuti empat di Dungun dan satu kes di Kuala Terengganu.

“Kesalahan yang dilakukan ialah tidak meletak tanda harga dan kesemua mereka dikenakan kompaun serta-merta RM100 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Kompaun terpaksa dikenakan terhadap mereka kerana walaupun telah diberi nasihat, mereka masih mengulangi kesalahan sama,” katanya kepada pemberita di sini.

Sepanjang skim kawalan harga itu berlangsung, KPDNKK Terengganu telah membuat pemeriksaan di 58 premis pemborong dan 830 premis peruncit di seluruh negeri.


Azlan berkata secara keseluruhannya, peniaga dan pemborong mematuhi semua harga yang ditetapkan kerajaan dalam skim kawalan baru-baru ini.

“Apabila harga di peringkat pemborong terkawal, secara tidak langsung peniaga dapat menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya hanya menerima satu aduan mengenai jualan di Bazar Ramadan iaitu nasi beriani di Kemaman yang dijual agak mahal. – BERNAMA

Kategori