Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Muslim Enggan Benar Benteng...

KUANTAN - Pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad mahu memastikan benteng terakhir pasukannya kekal...

Penanaman Semula Hutan Di...

KOTA BHARU - Prestasi kewangan dan fizikal serta peraturan kewangan bagi penanaman semula...

SPR Sah PH Hanya...

RASMI... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) cuma memperoleh 79...

DCA Tak Benarkan Samsung...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak membenarkan telefon bimbit, jenama Samsung...

Skuad B-22 Dapat Peluang Seimbang Kumpulan

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak bawah 22 (B-22) mendapat peluang yang seimbang apabila diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Undian berkenaan juga memperlihatkan bahawa skuad negara mempunyai laluan mudah untuk menghuni dua tangga teratas kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir.

Juara bertahan, Thailand pula berada dalam Kumpulan B yang disifatkan sebagai kumpulan maut apabila diundi bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.

Ketua jurulatih skuad projek Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee berkata walaupun berada dalam kumpulan yang lebih mudah berbanding Kumpulan B, namun anak buahnya perlu tetap berwaspada.

“Kita tetap sedar ancaman daripada pasukan Myanmar dan Singapura serta kita juga tidak boleh ambil mudah terhadap pasukan Laos dan Brunei yang mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kita harus pastikan semua pemain serta pasukan berada dalam keadaan baik bagi menghadapi pasukan-pasukan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis undian acara sukan sempena Sukan SEA Kuala Lumpur di sini, hari ini.


Sementara itu, Kim Swee turut mengesahkan bahawa perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Shah Alam, Khamis ini, merupakan medan terbaik untuk menilai kekuatan sebenar serta memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi Sukan SEA 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.

ā€œMemang telah ada perjanjian di antara kami sekiranya berada dalam kumpulan yang sama, perlawanan tersebut tetap akan berlangsung seperti yang telah dijadualkan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan skuad negara tiada pilihan lain dan harus melayakkan diri ke final.

“Di tambah beraksi di halaman sendiri, naluri saya berkata Malaysia perlu beraksi di pentas final demi peminat bola sepak tanah air,” katanya. – BERNAMA

Kategori