Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peserta Industri Perlu Aktif...

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak mahu peserta industri bertanggungjawab secara aktif dalam melatih...

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Terengganu semakin baik apabila dua bilik gerakan...

Raja Tak Perlu Tambahan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah...

Majlis Perbandaran, Daerah Perak...

IPOH – Kerajaan negeri Perak mengarahkan majlis perbandaran dan majlis daerah di negeri...

Atlit ‘Simpan Senjata’ Kejohanan Pra-Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Kejohanan Luncur Air Pra-Sukan SEA di Kompleks Sukan Air Putrajaya yang bermula esok bukan bertujuan untuk mengetahui prestasi sebenar skuad ski air dan wakeboard negara menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

“Penganjuran kejohanan itu lebih kepada menguji sistem dan peralatan yang akan digunakan semasa Sukan SEA.

“Untuk atlet, kita perlu simpan senjata kita. Mereka akan tetap memberi saingan terbaik tetapi tidak akan pamerkan kelebihan yang ada. Kita akan simpan hingga persaiangan Sukan SEA bermula,” kata jurulatih luncur air negara, Hanifah Yoong.

Beliau turut menjelaskan persiapan pasukan kini berada di tahap terbaik dan kini hanya menunggu masa untuk beraksi memastikan dua pingat emas menjadi milik Malaysia.

Sandaran negara sudah semestinya diletakkan di bahu ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong, yang juga anaknya.

“Boleh dikatakan kesemua atlet kita berada dalam prestasi terbaik. Selepas menjalani latihan di Florida (Amerika Syarikat), saya lihat prestasi mereka semakin meningkat,” kata Hanifah.


Menurut beliau saingan Malaysia pada temasya Sukan SEA kali ini adalah dari Singapura dan Filipina.

“Bagi Kejohanan Pra Sukan SEA nanti, Thailand, Singapura dan Filipina telah menyatakan persetujuan untuk menyertainya. Saya percaya mereka juga tidak akan mempamerkan kemampuan sebenar mereka di kejohanan itu,” kata Hanifah.

Acara luncur air dan wakeboard pada KL2017 menawarkan sejumlah 11 pingat emas dan akan berlangsung pada 25 hingga 29 Ogos di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Putrajaya. – BERNAMA

Kategori