Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tentera Darat Siasat Pegawai...

DAKWAAN seorang pegawai kanan Tentera Darat menumbuk anggota bawahan yang ditularkan menerusi media...

Harga Minyak Turun.. Harga...

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini ditempelak di laman...

Dua Ditahan Hina Islam...

IPOH - Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang...

England Tewas 0-1 Kepada...

ENGLAND terpaksa menanggung kekalahan pertama mereka tahun ini selepas Belgium menang 1-0 dalam...

SkyCab Langkawi Antara Kereta Kabel Terbaik Dunia

LANGKAWI – Langkawi SkyCab, sistem kereta kabel lebih 4,000 meter panjang yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang setinggi 708 meter di sini, disenaraikan sebagai antara 10 sistem kereta kabel terbaik dunia oleh sebuah laman sesawang pengembaraan antarabangsa.

Smartertravel.com meletakkannya setaraf dengan Loen Skylift di Norway, kereta kabel CabriO Stanserhorn (Switzerland) dan Sugarloaf Mountain Bondinho (Rio de Janeiro, Brazil), yang merupakan antara 10 tempat terkemuka yang menawarkan pengalaman menaiki kereta kabel paling menakjubkan.

Penulisnya, Jamie Moore, menyifatkan pengalaman menaiki Langkawi SkyCab seperti “membawa pengembara ke alam mimpi untuk menikmati pemandangan pulau legenda ini yang terletak di pantai barat laut Malaysia dan berhampiran sempadan Thailand.

“Di bahagian atas sekali terdapat antara perkara yang menjadi mercu tanda Malaysia, SkyBridge, jambatan pejalan kaki yang menjulang tinggi di satu kawasan hutan yang belum terusik dan merupakan antara jambatan gantung melengkung terpanjang di dunia.”

Langkawi SkyCab adalah satu daripada dua operasi kereta kabel di Asia yang diletakkan dalam senarai 10 sistem kereta kabel paling terkemuka dunia, di samping Ngong Ping 360 di Pulau Lantau, Hong Kong. – BERNAMA

Kategori