Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kecoh 4 Penumpang Qantas...

BRISBANE - Syarikat penerbangan kebangsaan Australia, Qantas berjaya menerbangkan empat 'penumpang' bertaraf VIP...

PH Usulkan Sidang Khas...

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan...

Kumpulan Telanjang Dibenar Lawat...

SEBUAH muzium di Paris menjadi muzium pertama yang buka pintu kepada kumpulan nudist,...

Thaipusam Tetap Diteruskan Meskipun...

TETAP DITERUSKAN... Kuil Batu Caves tidak akan ditutup kepada penganut Hindu menunaikan nazar...

Soorya India Sasar RM40,000 Untuk Pesakit Kanser

KUALA LUMPUR – Festival Soorya India 2017 menyasarkan kutipan RM40,000 daripada persembahan amal dua harinya  yang bermula semalam di  Kuil Seni Halus Brickfields di sini.

Pengerusi penganjur  Dr C.D. Siby berkata dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Cansurvive Centre Malaysia, badan amal kanser tidak berasaskan keuntungan yang menyediakan bimbingan dan sokongan kepada pesakit kanser serta keluarga dan rakan-rakan mereka.

Dr Siby yang juga Presiden  Cansurvive Centre, berharap acara tahunan itu yang diadakan sejak 2012 akan memberi harapan baharu kepada pesakit selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan yang membantu mereka.

Selain beramal, penonton persembahan juga berpeluang menyaksikan keindahan  kebudayaan kaum India menerusi tarian dan muzik serta pakaian tradisional, katanya.


“Tahun ini ada tujuh jenis tarian dan muzik yang dipersembahkan seperti kontemporari, tarian klasik dan muzik tradisional yang mewakili budaya berbeza di India melibatkan 29 artis dari negara itu dan empat dari Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Festival yang dianjurkan oleh Sopaanam Art dan diarahkan oleh Soorya Krishnamoorthy itu bertujuan mengetengahkan kepelbagaian seni di India kepada peminat kesenian dan kebudayaa di negara ini. – BERNAMA

Kategori