Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Wanita Terkejut Jumpa Ulat...

SEORANG wanita mendakwa tergamam selepas mendapati makanan segera yang dibeli di restoran McDonald's sudah...

Sivarraajh Nafi Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden...

Azrel Ismail Akui Setahun...

PELAKON Azrel Ismail akhirnya mengakui bahawa dia dan Ruhainies sememangnya sedang bercinta selepas sering...

COVID-19 Boleh Disebar Melalui...

KUALA LUMPUR - Virus SARS-CoV-2 dikenal pasti boleh disebarkan melalui kaedah aerosol, iaitu...

Drama ‘Banteras’ Papar Realiti Rasuah Di Malaysia

CYBERJAYA:  Berikutan peningkatan kes-kes jenayah rasuah  yang melibatkan ringgit di negara ini, memberi idea kepada Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkolaborasi dengan  Fantasy Films Sdn Bhd untuk menerbitkan sebuah drama bersiri berkaitan isu berkenaan yang berjudul Banteras.

Banteras diinspirasikan daripada kisah-kisah benar kes jenayah rasuah yang berlaku di Malaysia.

Drama yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi akan mengandungi 13 episod di bawah arahan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar.

Tonggak utama drama ini terdiri daripada artis terkemuka tanah air antaranya Namron, Khir Rahman dan Sangeetha Krishnasamy.

Majlis pelancaran drama bersiri ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Salleh Said Keruak di Auditorium SKMM, Cyberjaya hari ini.

Hadir sama ke majlis tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan pengarah Banteras, Ghaz Abu Bakar.

Dalam pada itu, Dzulkifli ketika berucap berkata medium yang diketengahkan dalam drama ini sebenarnya merupakan salah satu kempen yang telah dibuat oleh SPRM mulai 8 Mei lalu iaitu kempen ‘GERAH’ dan ‘3J’.

” 3J itu merujuk kepada ‘Jangan hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle’ manakala GERAH pula adalah Gerakan Revolusi Anti Rasuah yang mana kita nak mengubah minda masyarakat agar membenci menolak dan akhirnya bersama-sama dengan SPRM.

“Bagi membanteras jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara kita ini,” katanya ketika ditemui Mynewshub, pagi tadi.

Sementara itu, Salleh berkata, tercetusnya idea kewujudan drama ini adalah daripada kesedaran pentingnya untuk mendidik rakyat Malaysia dengan bahaya bahana rasuah. Beliau amat mengalu-alukan drama sedemikian diketengahkan.

“Kami di KKMM khususnya RTM mengalu-alukan drama seperti ini,”  ujarnya ketika berucap, di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Ghaz ketika ditemui Mynewshub berkata, jalan cerita drama ini adalah di inspirasikan daripada kes-kes di Malaysia yang telah ditutup dan selesai.

“Jalan cerita berdasarkan daripada kes-kes kat Malaysia yang dah ditutup, dah settle. Tapi diinspirasikan lah. Bukannya bulat-bulat dan takkan buat orang terasa,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Banteras ini tiada kesinambungan dengan mana-mana drama berbentuk rasuah sebelum ini.

Beliau juga berharap drama ini mampu sampai ke peringkat international level sekaligus membuka mata dunia melihat bagaimana pihak SPRM melakukan tugasnya.

Selain itu, menurut salah seorang tonggak utama Banteras iaitu Sangeetha berkaitan persediaannya, dia berkata banyak melakukan kajian terhadap kes yang telah berlaku di Malaysia.

Selain itu, dia juga belajar cara pihak SPRM menjalankan tugas.

“Okay, buat masa ini I dah tengok sinopsis dia. And then I think I kena buat banyak research on the cases yang  famous dekat Malaysia. Yang pernah berlaku. Because series ni inspired daripada kes yang pernah berlaku,” ujar pelakon tersebut.

Banteras mengisahkan kehidupan kehidupan seorang pegawai pencegahan rasuah sejak zaman pengajiannya di Akademi Pencegahan Rasuah sehingga menjadi SPRM.

Drama bersiri ini dijangka menemui penonton pada bulan November ini. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori