Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sweden Lulus Usul Bekerja...

SWEDEN dilapor telah meluluskan usul untuk pekerja di negara itu hanya bertugas selama...

Prolintas Tawar Diskaun 10%...

KUALA LUMPUR – Sempena musim perayaan, syarikat konsesi lebuh raya Projek Lintasan Kota...

Mahathir Mungkir Janji, Kata...

NAIB Presiden PKR, Chang Lih Kang mengkritik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),...

Dituduh Sebat Jiran Dengan...

KLANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

SPRM Siasat Pula Hotel Dibeli FIC Di Kuching

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung pembelian sebuah lagi hotel bertaraf empat bintang oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ia susulan isu pembelian sebuah hotel bertaraf empat bintang, Grand Plaza Kensington di London, Britain oleh FIC antara tahun 2013 dan 2015 lalu yang asalnya bermula daripada siasatan terhadap kes Felda Global Ventures (FGV).

Menurut sumber yang dipetik oleh media tempatan, ia membawa kepada kes terbaharu melibatkan sebuah hotel terletak di Kuching, Sarawak dipercayai telah dibeli oleh FIC dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal.

“Maklumat awal yang diterima menunjukkan pembelian hotel tersebut telah mengakibatkan kerugian ratusan jutaan ringgit kepada pihak FIC.
 Pasukan penyiasat SPRM kini sedang menilai maklumat-maklumat yang diterima.

“Pihak SPRM juga bakal pergi ke pejabat FIC di beberapa lokasi dalam masa terdekat untuk mendapatkan segala dokumen dan maklumat berkaitan urus niaga pembelian hotel tersebut,” kata sumber yang dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi oleh media turut mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan pihaknya kini telah memulakan proses pengumpulan maklumat.


Ini ujar beliau, bagi mengenal pasti sama ada memang wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa berhubung isu pembelian tersebut sebagai mana kes hotel di London yang berpunca akibat manipulasi proses penilaian hartanah.

Setakat ini, dua lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang juga ketua unit harta sebuah firma perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset telah direman sejak 22 Julai lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori