Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bakar Diri Dalam...

KANGAR : Seorang lelaki yang melecur 96 peratus selepas bertindak membakar diri dan...

Remaja Sanggup Dipanah Demi...

TRAGIS, seorang remaja sanggup menjadikan dirinya sebagai sasaran untuk dipanah bagi mengumpulkan dana membantu...

‘Ingat Kami Bercinta Ke?’...

PEMAIN badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan ada menerima surat...

Pusat Pelancongan Popular Di...

LOKASI popular dan tumpuan pelancong di London, Camden Lock Market terbakar awal pagi...

SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki yang cuba merasuah anggota polis sebanyak RM5,000 supaya dilepaskan atas beberapa kes jenayah, semalam.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata dua lelaki berumur 30 dan 45 tahun yang bekerja sebagai buruh, ditahan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Buat masa sekarang kes sedang dilengkapkan oleh pihak kami (SPRM) sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Moh Samsuddin meminta penjawat awam supaya segera merujuk kepada pihak berkaitan sekiranya ditawarkan rasuah supaya tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, mengulas kes sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dua lelaki terbabit ditahan dalam satu operasi Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Ahad lepas.


Beliau berkata suspek didapati melakukan kesalahan berkaitan dadah, casis motosikal meragukan, gagal mengemukakan kad pengenalan serta memiliki senapang angin di Kampung Seligi, Pasir Puteh, kira-kira 1.35 tengah hari.

“Suspek didapati cuba beberapa kali merasuah pegawai itu sehinggalah satu laporan dibuat kepada SPRM. Susulan daripada laporan yang dibuat, sepasukan pegawai SPRM kemudiannya membuat tangkapan terhadap kedua-dua suspek atas kesalahan cuba memberi dan menawarkan rasuah kepada pegawai kami, ” katanya. – BERNAMA

Kategori