Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Soalan UPSR Bocor: Beberapa...

PUTRAJAYA - Beberapa individu dan empat lokasi 'hotspots' telah dikenal pasti berhubung kebocoran...

Kasino Tidak Dibenarkan Dibina...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri DAP Pulau...

ISN-Yakeb Tawar Bekas Atlet...

KUALA LUMPUR - Selepas mengharumkan nama negara di persada dunia, kini bekas atlet...

Venezuela Isytihar Darurat Di...

CARACAS -Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, mengisytiharkan darurat di sebahagian wilayah di sempadan Colombia dan...

SPRM Tahan Suami Pegawai Pertanian Disyaki Subahat

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan suami kepada Penolong Pegawai Pertanian di Pusat Hortikultur Sendayan kerana disyaki bersubahat.

Sebelum ini, isteri kepada lelaki berkenaan telah pun direman enam hari bermula 7 Julai lepas bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata lelaki yang berusia 31 tahun itu dan bekerja sebagai kontraktor ditangkap di pejabat SPRM negeri pada pukul 4.13 petang tadi.

Suspek yang kini disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Seremban esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman, kata kenyataan itu.


Penolong Pegawai Pertanian itu yang berusia 34 tahun sebelum ini didakwa telah menggunakan kedudukannya dengan melantik suaminya untuk melaksanakan Projek Menyelenggara Sistem Pengairan Projek Herba dan Projek Menyelenggara Nurseri Herba, Pusat Pertanian Sendayan yang masing-masing bernilai RM10,100 dan RM19,900.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar Ogos tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori