Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemberontak Komunis Terkenal Filipina...

Davao (Filipina) - Ketua pemberontak komunis terkenal Filipina mati ditembak pasukan khas tentera...

Agong Berangkat Hadiri Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri...

Persepsi Terhadap Penguatkuasaan KPDNKK...

PUTRAJAYA - Persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan...

Fitnah Jual Tanah, Annuar...

KUALA LUMPUR - Dakwaan penjualan 42 plot tanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Struktur Pakatan Harapan Tidak Sama Seperti BN

KUALA LUMPUR – Struktur pentadbiran politik Pakatan Harapan tidak sama seperti Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh berkata, dalam BN, parti Melayu UMNO yang mendominasi BN.

Kata beliau, dalam Pakatan Harapan, tiada mana-mana parti mendominasi termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti politik yang sama rata.

“Tiada mana-mana antara empat parti dalam Pakatan Harapan yang menguasai ala UMNO dalam BN.

“Empat parti dalam Pakatan Harapan boleh berbeza pendapat tetapi sebarang keputusan mesti dibuat mesti secara konsensus,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membayangkan sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan selepas berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) perlu mendapat persetujuan DAP terlebih dahulu.

Ia termasuk tentang kedudukan dan kepentingan kaum Melayu serta agama Islam di negara ini.

Ironinya, DAP berulang kali menyatakan pendiriannnya bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dan membantah usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di Parlimen.


Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM.

Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu mengumumkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada PPBM sebagai pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada PKR sebagai ketua umum, namun pengumuman itu disambut dengan rasa curiga ramai pihak.

Langkah itu dipercayai semata-mata bertujuan mengaburi mata orang Melayu kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh Melayu walhal umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada bukan Melayu.

Kit Siang bagaimanapun menegaskan PKR dan PPBM bukan ketua dalam Pakatan Harapan walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti tersebut.

Kata beliau, partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Harapan dan sebarang keputusan yang mahu dibuat Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang beliau dakwa didominasi parti Melayu UMNO.

Beliau mengulangi penegasannya hari ini dengan menegaskan Pakatan Harapan tidak didominasi oleh orang Melayu seperti UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Kategori