Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kes Aktif Covid-19...

PUTRAJAYA - Genap 17 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak dikuatkuasakan...

Wanita Rendam Gajet Apple...

SEORANG wanita di Jepun ini tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran kepada teman lelakinya...

Pegawai Perhilitan Ditetak Pencuri...

KUANTAN - Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ditetak...

Resolusi Garis Panduan Solat...

KUALA LUMPUR - Resolusi berkaitan garis panduan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan...

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan 5 Kereta

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri maut manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd Wahab, 52, berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, yang difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Ahsmon Bajah berkata kemalangan berlaku kira-kira 9.45 malam itu melibatkan kereta jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi serta Proton Exora.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Caldina dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata kereta-kereta lain pula tidak sempat mengelak dan merempuh lalu menyebabkan kemalangan.


Katanya kesemua mangsa dirawat di HKT.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya memandu mengikut had laju ditetapkan khususnya di kawasan jalan yang kurang lampu jalan. – BERNAMA

Kategori