Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM800 Juta Kos Keseluruhan...

KANOWIT (Sarawak) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini seharian...

Warna Biru Jadi Tema...

KUALA LUMPUR - Teka-teki warna baju Melayu yang dipakai Datuk Seri Najib Tun...

Berputih Mata Selepas Dilanggar...

KUANTAN - Hasrat seorang lelaki untuk 'melarikan' lembu milik seorang peneroka di Lurah...

Rody Kristal Nikahi Atlet...

NAMPAKNYA bulan April menjadi pilihan untuk selebriti di Malaysia untuk menuju ke gerbang...

Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus

SUAMI kepada aktres Anis Al-Idrus, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim tidak meletakkan sebarang syarat tertentu untuk karier lakonan isterinya selepas berkahwin awal Julai lalu.

Amboi, isteri cantik tapi takkan tidak cemburu langsung?

Menurut Mohd. Rafzan, dia amat memahami budaya kerja seorang anak seni seperti isterinya itu dan tidak mengawal tuntutan kerjaya Anis.

“Saya tidak meletakkan sebarang syarat untuk dia berlakon kerana saya sudah lama mengenalinya sebagai seorang selebriti.

“Saya percaya pada Anis, dia juga seorang wanita yang bekerja. Jadi sebagai suami saya memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon,” katanya.

Dalam pada itu, berbicara mengenai soal anak, Anis berkata mereka tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.


“Saya tidak membuat perancangan pun, tetapi andai kata Allah beri rezeki, kami terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 8 Julai setelah kira-kira tiga bulan perkenalan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori