Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Apa Moral Standing PPBM...

Ketua Penerangan PBBM, Datuk Wan Saiful dakwa Najib tidak ada ‘moral standing‘ untuk...

Paderi Itali Kutuk Gadis...

ROME - Seorang paderi di sini, menimbulkan kemarahan orang ramai, selepas memuat naik...

Kisah Cuai Tapi Lawak.....

Gara-gara mahu cepat kerana terlalu memikirkan ceramah di Kuala Kangsar, pendakwah Pencetus Ummah (PU),...

Rumah PR1MA: 4 Sahabat...

KUALA LUMPUR - Empat sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari...

Suci Harumatiques Sasar Tembusi Pasaran China

LANZHOU – Suci Harumatiques Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Bumiputera, merancang untuk menembusi pasaran China dalam usaha meningkatkan pertumbuhan pasaran.

Pengarah, Mohd Fuad Ahmad berkata, syarikat itu yang membekalkan perisa atau ramuan halal untuk makanan serta minuman kepada pengeluar, akan memanfaatkan pembabitannya dalam Pesta Pelaburan dan Perdagangan Lanzhou China (CLITF) ke-23 bagi tujuan tersebut.

Usaha meningkat pertumbuhan itu, tambahnya, bukan sahaja di Lanzhou, ibu negeri wilayah Gansu, tetapi di seluruh China.

Lanzhou terletak di barat laut wilayah Gansu dan kira-kira 1,505 kilometer di barat daya Beijing.

“Kami merancang menjadikan CLITF untuk kita meneroka pasaran dengan mempromosi produk dan perkhidmatan halal dan kami yakin dapat menarik pengeluar yang berminat terhadap produk kami,” kata Mohd Fuad kepada Bernama di CLITF pada Jumaat.

Menurutnya, syarikat berpangkalan di Kajang dan mula beroperasi pada 2013 itu menggunakan ramuan halal terbaik dalam pengeluarannya.

‘Kami mempunyai beberapa perisa menarik untuk pengeluar membuat pilihan seperti anggur, oren, krim, kaya, kopi, ekstrak teh hitam, durian dan ros. Kami juga boleh merumuskan perisa khas jika diperlukan,” tambah beliau.


Sebuah syarikat konfeksioneri Korea sedang menimbang Suci Harimatiques bagi menghasilkan perisa halal untuk produknya bagi menguji pasaran semasa Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Malah mereka telah membawa kepada kami perisa yang digunakan dalam prouduk mereka untuk kami menirunya dan perbincangan sedang dijalankan dengan syarikat itu sebelum perjanjian dimeterai,” kata Mohd Fuad.

Suci Harumatiques Sdn Bhd adalah antara 31 syarikat Malaysia yang menyertai CLITF dan diletakkan di Pavilion Malaysa di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarbangsa Gansu di sini.

Acara empat hari yang memberi tumpukan kepada keterbukaan, kerjasama dan pembangunan itu bermula pada Khamis dan berakhir pada 9 Julai. – BERNAMA

Kategori