Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen PAS Sebenarnya...

KUALA LUMPUR - "Budget 2016: Nak menyokong, nampak sangat...". Itu sindiran bekas Ketua...

Enggan Tanggung Kos Punca...

KUALA LUMPUR - "Keengganan menanggung kos tambahan untuk tingkatkan aspek keselamatan antara faktor...

Yang Di-Pertuan Agong Bangga...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa...

Saham KL Rendah Pada...

KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini, seiring...

Sufian Kahwin Elfira Dalam Beberapa Bulan Saja Lagi

KISAH percintaan di antara pasangan selebriti Sufian Suhaimi dan Elfira Loy tidak lagi menjadi rahsia apabila kedua-duanya sudah semakin terbuka berkongsi dengan peminat masing-masing.

Malah, kedua-duanya tidak menyembunyikan majlis merisik yang dilakukan pada minggu pertama Aidilfitri lalu.

Dah dirisik, pastinya peminat tak sabar nak tahu bila pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan di jinjang pelamin.

Menurut Sufian, dia bakal menamatkan zaman bujang dengan aktres comel itu dalam masa terdekat ini.

Namun, kedua-duanya masih belum menetapkan tarikh bila majlis bahagia itu akan berlangsung, walaupun begitu, pelantun lagu Terakhir itu ada memberi klu majlis mereka akan diadakan mungkin pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.


“Beberapa bulan sahaja lagi — cuma belum ada tarikh yang tetap. Lebih kurang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya memetik rakaman video Era FM.

Pasangan ini mula rapat selepas Sufian menegur Elfira yang merupakan crush-nya menerusi laman Twitter dan bertitik tolak dari situ mereka mula keluar bersama sehinggalah membawa kepada hubungan mereka pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori