Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kenal Pasti Kelemahan Dalam...

ISKANDAR PUTERI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa kelemahan dalam...

Anak Malaysia Pembawa Bola...

MESKIPUN Malaysia tidak hantar pasukan bola sepaknya ke Piala Dunia Rusia 2018, namun...

2 ADUN DAP Kembali...

IPOH - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang 'merajuk' selama dua...

Padah Bigo Live, Natasha...

AKSI ghairah  di aplikasi Bigo Live yang pernah ditonjolkan dua selebriti tanah air,...

Sukan SEA: Ahmad Syazrin Sasar Gangsa Acara BMX

KUALA LUMPUR – Pelumba BMX negara, Ahmad Syazrin Awang Ilah yakin  mampu menyumbang kilauan pingat pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) walaupun tidak diletakkan sasaran oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Berdasarkan prestasi memberangsangkan apabila muncul juara kategori elit pada Kejohanan BMX Kebangsaan  2017 semalam, Ahmad Syazrin menyasarkan pingat gangsa pada penampilan pertamanya di Sukan SEA kali ini.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yakin dengan prestasi terkini, beliau mampu mencabar pelumba dari Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

“Semua orang tahu pelumba Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura adalah peserta pilihan untuk menang pingat. Bagaimanapun, saya sudah pantau prestasi semua pelumba Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

“Rasanya saya boleh naik podium sekurang-kurangnya menang pingat gangsa. Saya yakin saya boleh melakukan kejutan sekal pun BMX tidak disasarkan untuk menggondol sebarang pingat pada Sukan SEA 2017,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh PKBM hari ini.

Pada Kejohanan BMX 2017 yang berlangsung di Arena BMX Nasional Nilai semalam, Ahmad Syazrin muncul juara selepas mencatat masa 31.818 saat pada laluan sepanjang 0.336 meter, manakala Elmi Jumari dari Selangor di tempat kedua dan M.Ibnu Hasyimie Omar juga dari Terengganu di tempat ketiga.


“Saya menang kejohanan kebangsaan 2016 di Petaling Jaya tahun lalu. Ini bermakna saya juara bertahan. Saya tahu hanya Elmi (Jumari) yang boleh mencabar saya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pelumba lain tidak kuat. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari perlumbaan.

“Cuma saya berada pada prestasi yang cukup baik dan yakin boleh menang selesa ke atas pelumba lain,” katanya.

PKBM tidak menyasarkan sebarang pingat daripada BMX kerana Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura dianggap kuasa terbesar tradisi dalam disiplin tersebut.

– BERNAMA

Kategori