KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Negeri Selangor di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Pandan Indah di sini, hari ini.
Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dan golongan kurang bernasib baik.
Majlis itu, yang bermula dari 10 pagi hingga 3 petang, dihadiri kira-kira 5,000 tetamu yang dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti lemang, rendang, ketupat, nasi beriani dan satay. – BERNAMA